• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BNM: Tiada caj transaksi DuitNow QR untuk peniaga kecil dan mikro buat masa ini

  • OLEH Najib
  • 1:18 pm
  • 02/10/2023
  • Komen
BNM: Tiada caj transaksi DuitNow QR untuk peniaga kecil dan mikro buat masa ini
Share on FacebookShare on Twitter

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai caj transaksi untuk DuitNow QR. Caj ini mula dikenakan oleh penyedia perkhidmatan kepada peniaga yang menerima pembayaran DuitNow QR mulai 1 Oktober, selepas tamatnya tempoh pengecualian caj yang diperkenal pada tahun 2019.

Pengecualian caj diteruskan untuk peniaga mikro dan kecil

Menurut BNM, bank dan penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank yang menguruskan 75% peniaga yang menggunakan pembayaran DuitNow QR, akan meneruskan pengecualian caj transaksi untuk peniaga kecil dan mikro. Antara bank yang telah mengumumkan pengecualian ini adalah Maybank, Public Bank, CIMB, Hong Leong Bank dan RHB Bank.



Di samping itu, PayNet selaku pemilik rangkaian DuitNow akan menyediakan dana untuk membantu mengurangkan kos yang ditanggung oleh penyedia perkhidmatan yang memberikan pengecualian caj transaksi untuk peniaga mikro dan kecil yang menggunakan pembayaran DuitNow QR.

Dengan langkah ini, peniaga mikro dan kecil akan boleh terus menerima pembayaran DuitNow QR dengan kos sifar sambil memastikan pembayaran QR kekal efisyen, dipercayai dan selamat untuk semua pengguna.



Siapa yang layak digelar peniaga mikro dan kecil

Menurut SME Corp, peniaga mikro adalah peniaga yang memiliki jualan di bawah RM300,000 setahun. Manakala peniaga kecil pula dikelaskan sebagai peniaga dengan jualan di antara RM300,000 ke RM15 juta setahun.

sumber: SME Corp

Bagi peniaga sederhana pula, ia memiliki jualan di antara RM15 juta hingga RM50 juta, serta pekerja di bawah 200 orang. Untuk peniaga sederhana dan lebih dari ini, mereka akan dikenakan caj transaksi DuitNow QR atau nama lainnya, Merchant Discount Rate (MDR).

Kenapa DuitNow QR kenakan caj transaksi kepada peniaga?

BNM menjelaskan, caj transaksi DuitNow QR dikenakan untuk membayar kos dan pelaburan yang diperlukan industri untuk menyelenggara sistem pembayaran. Ini termasuk sistem keselamatan siber dan kawalan terhadap penipuan, supaya standard tinggi perkhidmatan dan keselamatan dapat disediakan.

Kos DuitNow QR sebenarnya lebih mampu milik dan menjimatkan untuk peniaga. Ini kerana tiada peranti seperti mesin terminal kad yang perlu dibeli, disewa atau diselenggara kerana hanya kod QR perlu dipaparkan untuk transaksi. Selain itu, ia juga memudahkan pembeli kerana tidak perlu membawa wang tunai untuk membayar. Peniaga juga tidak perlu ruang yang besar untuk menyimpan tunai dan ia lebih selamat daripada dicuri.

[Sumber: BNM]

Bacaan Berkaitan

  • DuitNow QR: PayNet sahkan caj transaksi mulai 1 Oktober, semak dengan bank untuk tarikh pelaksanaan
  • Ada bank umum caj transaksi sehingga 0.5% bila guna DuitNow QR
  • Fungsi DuitNow QR kini boleh digunakan di Indonesia
  • Hantar wang antara Malaysia dan Singapura akan lebih mudah dengan DuitNow dan PayNow
Tags: bnmduitnowDuitNow QRPayNet
Najib

Najib

POPULAR

BNM: Tiada caj transaksi DuitNow QR untuk peniaga kecil dan mikro buat masa ini

BNM: Tiada caj transaksi DuitNow QR untuk peniaga kecil dan mikro buat masa ini

2 October 2023
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN