• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

‘Go The S-tra Mile’ untuk hayati rahsia alam semulajadi Malaysia & peluang menang pengembaraan ke Korea

  • OLEH Penaja
  • 12:51 pm
  • 03/10/2023
  • Komen
‘Go The S-tra Mile’ untuk hayati rahsia alam semulajadi Malaysia & peluang menang pengembaraan ke Korea
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]

Malaysia ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Negara kita terkenal dengan hutan hujan tropika yang luas. Malah, rakyat Malaysia boleh meluangkan masa menghayati flora dan fauna semulajadi dengan mudah berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur.

Lebih menarik lagi, Samsung Malaysia kini mengadakan pertandingan ‘Go The S-tra Mile’ yang mengajak rakyat Malaysia berkongsikan tempat-tempat menarik dalam negara dan tidak diketahui ramai. Tetapi ia tidak bermakna tempat tersebut rahsia, tetapi ia mungkin taman di tepi rumah anda yang tidak diketahui cerita menarik di sebaliknya. Pertandingan yang berlangsung sehingga 15 Oktober 2023 ini menawarkan hadiah berupa pengembaraan ke Korea Selatan, bernilai RM12,000.

Samsung ada berkongsi maklumat daripada 6 pakar di sini, untuk anda mendapatkan insipirasi menyertai pertandingan ini.

Kalau anda masih tidak tahu di mana dan bagaimana, salah satu tempat yang boleh anda kunjungi jika anda berada di Kuala Lumpur adalah ke Bukit Pau, Kemensah. Tempat ini tidak susah untuk untuk dilawati kerana ia terletak di belakang Zoo Negara.

Dari Zoo Negara, anda perlu memandu kira-kira 15 minit lagi untuk sampai ke Teratak Angah. Ia adalah lokasi paling mudah untuk berkumpul dan meletak kenderaan. Dari sini anda boleh memilih untuk berjalan di denai menuju ke beberapa tempat menarik. Antaranya main air di Lubuk Tedung, menikmati ketenangan alam sambil minum air kelapa di Dusun Tok Lee, atau mengeluarkan peluh dengan mendaki ke Bukit Pau.

Meneroka laluan di dalam hutan Kemensah tidaklah sukar kerana terdapat jalan yang luas dan boleh dilalui kenderaan. Untuk ke Dusun Tok Lee, jaraknya dari Teratak Angah kira-kira 1.5km. Kemudian dengan sedikit lagi perjalanan mendaki bukit, anda boleh sampai ke puncak Bukit Pau.

Jika mahu berjalan dalam hutan yang sebenar, laluan ke Lubuk Tedung boleh menjadi pilihan. Tetapi jaraknya kira-kira 6.5km dari Teratak Angah. Hasilnya memang menakjubkan. Anda boleh menikmati desiran air sungai dan menikmati kopi panas, atau mandi-manda di sana.

Berikut adalah gambar-gambar yang ditangkap untuk menyertai pertandingan ‘Go The S-tra Mile’ oleh Samsung Malaysia.

Menggunakan Samsung Galaxy S23 Ultra, anda boleh menangkap gambar dan video terbaik dengan prestasi tinggi kamera utama 200MP, zum tanpa pecah 10x dan pemproses gambar malam yang sangat jelas.

Sertai ‘Go The S-tra Mile’ untuk menang pengembaraan ke Korea

Kini dengan gambar tempat rahsia yang menarik di Malaysia, lebih baik anda sertai pertandingan Samsung ‘Go The S-tra Mile’. Caranya sangat mudah.

Pastikan anda guna mana-mana telefon Samsung Galaxy siri-S, diterima dari Galaxy S5 sampai Galaxy S23. Kemudian, tangkap secara kreatif gambar atau video tempat di Malaysia yang anda rasakan tidak diketahui ramai. Lagi unik dan tersembunyi, lagi tinggi peluang untuk menang.

View this post on Instagram

A post shared by SoyaCincau.com Bahasa Melayu (@soyacincaubm)

Seterusnya, muat naik tangkapan tersebut ke Instagram Reels/Feed, bersama tanda pagar #GoTheStraMile #GalaxyS23 dan tag sekali @samsungmalaysia. Pastikan akaun anda ditetapkan ke ‘Public‘. Akhir sekali, daftar penyertaan anda di laman web Samsung S-tra Mile.

Sebanyak 6 pemenang akan dipilih untuk membawa pulang hadiah pengembaraan fotografi ke Korea bernilai RM12,000. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Oktober 2023.

Luahkan bakat kreativiti anda mengambil gambar dan video dan tonjolkan tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui ramai untuk tatapan seluruh dunia. Mana tahu, andalah orang yang akan naik keretapi di Korea nanti. Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini, layari laman web Samsung Go The S-tra Mile.

Tags: penajasamsung
Penaja

Penaja

POPULAR

‘Go The S-tra Mile’ untuk hayati rahsia alam semulajadi Malaysia & peluang menang pengembaraan ke Korea

‘Go The S-tra Mile’ untuk hayati rahsia alam semulajadi Malaysia & peluang menang pengembaraan ke Korea

3 October 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN