Artikel ini dibawakan oleh Samsung Malaysia
Semua orang kini berpotensi jadi jurugambar bertaraf professional dengan adanya sistem kamera pada telefon pintar di dalam poket. Tapi tidak semua telefon berkamera adalah sama. Samsung Galaxy S23 Ultra mempunyai sistem kamera yang mampu hasilkan gambar setara DSLR.
Ia dilengkapi sensor pengimejan terbesar dan penstabil imej (OIS) yang tercanggih yang keluarga Samsung Galaxy pernah ada.
Walau bagaimanapun, kamera yang baik adalah sebaik penggunanya. Jadi, ini 7 perkara yang boleh anda praktikkan untuk memaksimumkan potensi kamera Samsung Galaxy S23 Ultra atau apa jua kamera yang ada dalam poket anda sekarang.
1. Main dengan komposisi
Satu subjek yang bosan sebenarnya jadi tak bosan dengan teknik komposisi yang betul.
Skill ini hanya boleh diasah dengan latihan. Sekiranya anda rasa gambar anda kurang menarik, cuba alih kamera ke kedudukan yang lebih tinggi ataupun lebih rendah.
Contoh gambar diatas adalah subjek yang sama tetapi diambil daripada sudut pandang yang berbeza akibat perubahan pada ketinggian kamera sewaktu gambar diambil.
2. Guna cahaya sedia ada
Sekiranya keadaan tidak mendesak, elak gunakan lampu flash daripada telefon kerana ia akan wujudkan bebayang yang keras. Sebaliknya cari sumber cahaya semula jadi yang ada di sekeliling. Lampu daripada papan iklan adalah salah satu yang boleh anda cari.
3. Zum optikal akan sentiasa lebih baik
Sewaktu mengambil gambar, anda biasa lakukan pinch & zoom? Walaupun subjek nampak besar, ia bukanlah zum sebenar kerana sistem kamera cuma crop dan memperbesar imej.
Kamera sekarang mampu hasilkan gambar beresolusi tinggi. Daripada gambar tersebut, mereka akan zoom masuk secara digital. Walaupun nampak cantik, zum optikal sentiasa lebih baik berbanding zum digital.
Kiri adalah gambar menggunakan kamera telefoto 10x zum optikal Samsung Galaxy S23 Ultra manakala kanan adalah gambar daripada kamera 1x yang dizum masuk secara digital.
Di Samsung Galaxy S23 Ultra, dua kamera zum diberikan iaitu 3x dan juga 10x. Masing-masing cemerlang dengan jangkauan yang jauh. Sekiranya perlu, ia ada Space Zoom sehingga 100x.
4. Potret lebih cantik dengan zum optikal
50mm dan 75mm adalah jarak fokal yang sangat popular diguna jurugambar sewaktu mengambil gambar potret. Di Samsung Galaxy S23 Ultra, kamera telefoto yang anda ada adalah 70mm dan 240mm setara kamera bingkai penuh.
Gambar potret menggunakan kedua-dua kamera ini akan nampak jauh lebih menarik berbanding diambil menggunakan kamera utama kerana bokehnya semula jadi berbanding diterapkan secara digital.
Dalam contoh gambar potret yang diberikan, dari kiri, potret berkumpulan diambil menggunakan kamera ultralebar, diikuti kamera utama, kamera telefoto 3x dan akhir sekali kamera telefoto 10x. Perhatikan perbezaan pada komposisi subjek dan latar belakang antara semua gambar ini.
5. Stabilkan telefon anda
Mengambil gambar pada waktu malam sangat terdedah kepada gambar kabur akibat pergerakkan. Ia disebabkan kamera perlu membuka pengatup lebih lama untuk biarkan sensor mengumpul cahaya.
Salah satu cara untuk minimumkan pergerakkan adalah memegang telefon sehampir boleh dengan badan dan gunakan siku sebagai penyangga. Cara paling berkesan adalah gunakan tripod dan S Pen sebagai butang pengatup.
Tidak dilupakan juga, Samsung telah menambah baik ciri Nightography pada siri Galaxy S23 kali ini. Ia lebih cekap mengoptimumkan pemerosesan gambar dalam pelbagai keadaan cahaya.
6. Guna teknik dedahan lama
Bila dah ada tripod dan S Pen sebagai pengatup, jangan lepaskan peluang guna teknik dedahan lama (long exposure) untuk beroleh gambar yang lebih kreatif. Contohnya gambar di bawah yang diambil dengan kaedah long exposure jadikan aliran air sungai nampak seperti kapas.
Long Exposure waktu malam juga boleh digunakan untuk tangkap gambar pergerakkan bintang di waktu malam.
7. Jangan takut untuk sunting gambar
Gunakan segala kemudahan yang ada. Galaxy S23 Ultra ada bermacam-macam peralatan yang boleh diguna pakai untuk jadikan gambar anda lebih menarik.
Komposisi yang baik ditambah dengan skill penyuntingan yang baik, akan jadikan sesuatu gamber lebih “wow”.
Alami kehebatan kamera 200MP Samsung Galaxy S23 Ultra hari ini di kedai Samsung Experience Store berhampiran anda. Anda juga boleh kunjungi laman rasmi Samsung untuk maklumat lanjut tentang promosi terbaharu siri Samsung Galaxy S23.
Sertai ‘Go The S-tra Mile’ untuk menang pengembaraan ke Korea
Kini dengan gambar tempat rahsia yang menarik di Malaysia, lebih baik anda sertai pertandingan Samsung ‘Go The S-tra Mile’. Caranya sangat mudah.
Pastikan anda guna mana-mana telefon Samsung Galaxy siri-S, diterima dari Galaxy S5 sampai Galaxy S23. Kemudian, tangkap secara kreatif gambar atau video tempat di Malaysia yang anda rasakan tidak diketahui ramai. Lagi unik dan tersembunyi, lagi tinggi peluang untuk menang.
Seterusnya, muat naik tangkapan tersebut ke Instagram Reels/Feed, bersama tanda pagar #GoTheStraMile #GalaxyS23 dan tag sekali @samsungmalaysia. Pastikan akaun anda ditetapkan ke ‘Public‘. Akhir sekali, daftar penyertaan anda di laman web Samsung S-tra Mile.
Sebanyak 6 pemenang akan dipilih untuk membawa pulang hadiah pengembaraan fotografi ke Korea bernilai RM12,000. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Oktober 2023.
Luahkan bakat kreativiti anda mengambil gambar dan video dan tonjolkan tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui ramai untuk tatapan seluruh dunia. Mana tahu, andalah orang yang akan naik keretapi di Korea nanti. Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini, layari laman web Samsung Go The S-tra Mile.