• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mencari paparan gaming yang besar? Ini dia senarai TV sesuai untuk gaming bawah RM2,500 di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:58 pm
  • 09/10/2023
  • Komen
Mencari paparan gaming yang besar? Ini dia senarai TV sesuai untuk gaming bawah RM2,500 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Kebiasaannya, gaming lebih sesuai menggunakan monitor kerana ia lebih praktikal dan ada skrin yang lebih laju. Tetapi sebenarnya TV sekarang pun sudah banyak yang sesuai digunakan untuk gaming. Ada tahap kadar penyegaran tinggi, gambar cantik dan yang penting ada saiz skrin yang besar. Boleh main game terus di ruang tamu. Jadi dalam artikel ini saya nak senaraikan TV sesuai untuk gaming pada harga bawah RM2,500. 

Anda juga boleh tonton video kami berkenaan TV sesuai untuk gaming di YouTube.



1. Hisense UHD 4K A6500K 50″

TV Hisense A6500K ini baru sahaja dilancar di pasaran Malaysia pada bulan September lepas. TV ini berukuran 50 inci yang berharga RM2,299.

Skrinnya ada resolusi 4K Ultra HD dan ia datang bersama fungsi Game Mode Plus yang mana dapat berikan skrin mengaktif kadar penyegaran bolehubah 60Hz, dan juga auto low latency mode yang jadikan permainan di skrin bergerak lebih lancar.



Bukan itu sahaja, TV ini juga boleh mencapai kadar penyegaran 120Hz menggunakan teknologi Smooth Motion.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

2. Philips 4K Ambilight 55″

Berharga RM2,299, TV Philips 4K Ambilight 55-inci ini mempunyai skrin beresolusi 4K Ultra HD. Ia ada lampu Ambilight yang dipantulkan daripada di sekeliling TV jadikan gaming lebih imersif dalam gelap.

Ia didatangkan dengan fungsi Game Mode yang membolehkan ia menyokong kadar penyegaran bolehubah (VRR), serta terdapat teknologi Freesync untuk lancarkan game yang bergerak pantas.

Berikan pengalaman gaming lagi seronok, TV ini dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby atmos bersama DTS Play-Fi untuk sambungan audio pada resolusi tinggi. Selain melihat, pengalaman mendengar juga seronok.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

3. TCL C635 50″

Seterusnya adalah TCL C635 50 inci. Ia berharga RM2,138 dan TV ini menggunakan panel jenis QLED serta mempunyai resolusi 4K Ultra HD.

Menariknya, skrinnya ada sokongan 120Hz DLG bolehkan anda gaming dengan sangat lancar dan memiliki teknologi MEMC untuk mengurangkan kabur untuk kandungan yang bergerak laju.

Di samping itu, ia juga hadir dengan fungsi Game Master. Fungsi ni berikan pengguna untuk mengakses ciri gaming yang lain macam Auto low Latency Mode, atau game bar untuk tetapan gaming yang lebih banyak.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

4. Toshiba 50M550LP

TV Toshiba 50M550LP ini berharga RM1,899 dan skrinnya ada teknologi Quantum Dot berikan warna yang dipapar lebih cantik.

Ciri Ultimate motion yang dilengkapinya mampu menjadikan pergerakan laju pada skrin kelihatan jelas, serta ia ada kadar penyegaran bolehubah dan Auto Low Latency Mode berikan pengalaman game yang bebas lag menerusi fungsi Game Mode yang ia ada.

Bahagian speaker dia boleh tingkatkan lagi pengalaman gaming kerana ia ada speaker REGZA POWER AUDIO PRO dengan kuasa 25W untuk bass yang lagi berdentum.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

5. LG UR75 50″

Akhir sekali adalah TV LG UR75 50 inci yang berharga RM2,199. TV ini ada skrin dengan resolusi 4K Ultra HD. Buatkan TV ini sesuai untuk gaming adalah kerana ia memiliki ciri game optimizer untuk menawarkan tetapan gaming secara terus semasa gaming. Dengannya, ia boleh paparkan kelajuan FPS dan mengaktifkan mod kependaman rendah.

Lagi menarik, ia ada HGiG yang mana benarkan pengguna gaming dalam HDR, jadikan gaming lagi mengasyikkan. Ia juga ada sokongan GeForce Now untuk bermain permainan awan.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

Tags: HiSenseHisense UHD 4K A6500KlgLG UR75philipsPhilips 4K Ambilight TVtclTCL C635ToshibaToshiba 50M550LP
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Mencari paparan gaming yang besar? Ini dia senarai TV sesuai untuk gaming bawah RM2,500 di Malaysia

Mencari paparan gaming yang besar? Ini dia senarai TV sesuai untuk gaming bawah RM2,500 di Malaysia

9 October 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN