• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy M34 5G Malaysia: Skrin AMOLED, 4 tahun kemas kini Android pada harga RM999

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:27 pm
  • 10/10/2023
  • Komen
Galaxy M34 5G Malaysia: Skrin AMOLED, 4 tahun kemas kini Android pada harga RM999
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Galaxy M34 5G dikesan mula ditawarkan di Malaysia. Telefon ini telahpun kami laporkan dilancarkan di India dalam bulan Julai 2023 tempoh hari. Tak seperti India yang tawarkan varian dengan RAM 6GB, pasaran kita ditawarkan varian berspesifikasi paling tinggi iaitu RAM 8GB + storan 128GB.

Harganya untuk pasaran Malaysia adalah RM1,399 namun untuk 10 Oktober 2023, ia boleh didapatkan pada harga RM999. Tempahan sudahpun dibuka dengan waktu penghantaran adalah sekitar 30 Oktober 2023.



Spesifikasi Samsung Galaxy M34 5G

Bermula di bahagian muka, M34 5G memperagakan panel paparan 6.5” Super AMOLED beresolusi FHD+. Kecerahannya boleh mencapai 1,000 nits dengan kadar segar semula 120Hz. Panel paparan itu dilindungi oleh kaca Corning Gorilla Glass 5.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa SoC Exynos 1280 (5nm) dengan beberapa kombinasi RAM dan storan seperti 6+128 dan 8+128.



Di jabatan pengimejan, Galaxy M34 mengguna pakai sistem trikamera belakang. Kamera utamanya adalah kamera bersensor 50MP dengan OIS. Kemudian, ia juga ada kamera ultralebar 8MP dan satu lagi kamera 2MP untuk bokeh. Selfie diambil dengan kamera 13MP.

Menyalakan telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 6,000mAh dan ia dicas menggunakan blok 25W yang diberikan di dalam kotak.

Berbanding M33 5G yang sedia dijual di Malaysia, M34 5G membawakan naik taraf yang baik. Ia kini menggunakan panel AMOLED yang lebih cantik manakala kamera selfie naik kepada 13MP. Lebih penting adalah kapasiti bateri 1,000mAh lebih besar berbanding sebelumnya. Lain-lain spesifikasi kelihatan masih sama antara kedua-duanya.

Sumber: Samsung

Tags: androidGalaxy M34mobilesamsungSamsung Galaxy M34samsung galaxy m34 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy M34 5G Malaysia: Skrin AMOLED, 4 tahun kemas kini Android pada harga RM999

Galaxy M34 5G Malaysia: Skrin AMOLED, 4 tahun kemas kini Android pada harga RM999

10 October 2023
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN