• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Pautkan BigPay di AirAsia SuperApp untuk dapat lebih banyak diskaun & ganjaran istimewa

  • OLEH Najib
  • 8:07 pm
  • 11/10/2023
  • Komen
Pautkan BigPay di AirAsia SuperApp untuk dapat lebih banyak diskaun & ganjaran istimewa
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia SuperApp, aplikasi semua-dalam-satu yang bakal berubah menjadi AirAsia Move menjelang akhir tahun ini, telah mencuba beberapa bentuk pembayaran di dalam aplikasi termasuk AirAsia Pocket yang telah dihapuskan. Kini AirAsia mengumumkan bahawa mereka akan menyepadukan perkhidmatan BigPay ke dalam aplikasi dan melancarkan kempen Better Together.

Dengan adanya BigPay di dalam AirAsia SuperApp, pengguna boleh menikmati lebih banyak penjimatan untuk perkhidmatan di dalam aplikasi tersebut. Malah, baki BigPay juga boleh dilihat terus di AirAsia SuperApp.



Pautkan akaun BigPay

Untuk menikmati pengalaman pembayaran yang lancar melalui BigPay, pengguna perlu menghubungkan akaun BigPay mereka ke AirAsia Superapp. Setelah selesai, pengguna boleh menyemak baki dan membuat pembayaran di dalam aplikasi tersebut. AirAsia juga merancang untuk memudahkan pendaftaran akaun BigPay secara terus di aplikasi tersebut.

Cara untuk memautkan akaun BigPay adalah seperti berikut:



  1. Buka airasia Superapp dan tekan widget BigPay di bahagian atas skrin
  2. Klik butang ‘Pautkan Akaun’
  3. Baca nasihat perkongsian data dan tekan ‘Benarkan’.
  4. Aplikasi BigPay akan dilancarkan dan masukkan kata laluan anda untuk daftar masuk ke akaun BigPay anda
  5. Baca dan setuju dengan saranan pada skrin
  6. Pemberitahuan tentang pemautan berjaya dipaparkan

Penjimatan menyeluruh

Selepas berjaya memautkan akaun BigPay, pengguna AirAsia SuperApp boleh menikmati pembayaran yang lebih lancar dan ganjaran lebih eksklusif seperti:

  • Diskaun 5% penerbangan AirAsia
  • Diskaun 5% penerbangan syarikat penerbangan lain yang ditempah melalui AirAsia Superapp
  • Diskaun RM50 ke atas Hotel untuk tempahan pertama dengan penginapan minimum 3 hari 2 malam
  • 2x ganda mata ganjaran AirAsia apabila membayar menggunakan BigPay untuk e-hailing (AirAsia Ride), tempahan hotel dan penerbangan dari syarikat penerbangan lain semuanya melalui AirAsia Superapp
  • Jualan eksklusif untuk pengguna BigPay
  • Akses Utama untuk promosi jualan AirAsia yang lain

AirAsia akan menambah manfaat eksklusif dan perkhidmatan pembayaran dengan lebih meluas di dalam aplikasi secara berperingkat. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman kempen Better Together.

[Sumber: AirAsia]

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia Digital kini adalah Move, aplikasi SuperApp akan diubah nama kepada AirAsia Move
  • Tak cukup satu, AirAsia lancarkan e-dompet kedua yang bernama Pocket
  • Capital A & Garuda umum kerjasama pelbagai sektor, penerbangan AirAsia & Citilink akan lebih lancar disambung
Tags: AirAsiaAirasia Super Appbigpay
Najib

Najib

POPULAR

Pautkan BigPay di AirAsia SuperApp untuk dapat lebih banyak diskaun & ganjaran istimewa

Pautkan BigPay di AirAsia SuperApp untuk dapat lebih banyak diskaun & ganjaran istimewa

11 October 2023
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN