Lagi berita baik untuk yang berkira-kira menyertai fenomena EV di Malaysia. PM Anwar Ibrahim mengumumkan , dalam Belanjawan 2024, pelanjutan tempoh insentif pelepasan cukai untuk kelengkapan pengecasan EV. Diperkenalkan pada Belanjawan 2022 dulu, rakyat dibenarkan untuk memohon pelepasan cukai sehingga RM2,500 untuk pemasangan, penyewaan, sewa beli, dan langganan kemudahan pengecasan EV.
Sepatutnya tamat pada tahun 2024, ia dilanjutkan kepada 2026. Jadi anda boleh manfaatkan pelepasan cukai ini untuk tempoh lebih panjang.