• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Store kedua Asia Tenggara akan dibuka di Iconsiam

  • OLEH Najib
  • 7:12 pm
  • 25/10/2018
  • Komen
Apple Store kedua Asia Tenggara akan dibuka di Iconsiam
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Store atau stor rasmi Apple di Asia Tenggara buat masa ini hanya terdapat di Singapura. Kini, Apple Store kedua di Asia Tenggara telah diumumkan akan dibuka di negara jiran kita, Thailand.

Perkara ini diumumkan menerusi laman web Apple Thailand. Apple Store ini akan dibuka 10 November 2018, pukul 10 pagi bertempat di pusat membeli-belah Iconsiam.



Iconsiam adalah pusat beli-belah yang baru di Bangkok, akan dibuka secara rasmi pada 9 November 2018, sehari sebelum Apple Store dibuka. Ia terletak berhadapan sungai Chao Phraya dan Apple Store merupakan salah satu penyewa utama di Iconsiam.

Apple turut menyediakan wallpaper khas sempena memperingati pembukaan Apple Store ini. Ia boleh dimuat turun untuk Macbook, iMac, iPhone dan iPad. Buat masa ini, Apple Store ini ditutup dengan rekaan wallpaper tersebut.



Dengan adanya Apple Store di Bangkok, ia akan menjadikannya satu lagi lokasi jualan hari pertama produk yang dilancarkan Apple. Satu lagi alternatif untuk peminat Apple di Malaysia yang tidak sabar untuk menjadi pengguna terawal produk baru Apple.

Bila agaknya Apple nak buka stor rasmi mereka di Malaysia. Pada pendapat anda, di manakah lokasi terbaik Apple Store jika ia mahu dibuka di Malaysia? Kongsikan menerusi ruang komen di bawah.

[Sumber: 9to5mac, Spin9]

Tags: appleApple StoreStor Apple
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Apple Store kedua Asia Tenggara akan dibuka di Iconsiam

Apple Store kedua Asia Tenggara akan dibuka di Iconsiam

25 October 2018
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN