• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelanggan Spotify premium meningkat 226 juta walaupun harga langganan naik, kenapa?

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:37 pm
  • 25/10/2023
  • Komen
Apple tegur Spotify yang tak sedar dek untung
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun terdapat kenaikan harga langganan, Spotify mencatatkan peningkatan 3% jumlah pengguna untuk suku ketiga 2023, yang kini mencecah 226 juta. Bukan itu sahaja, pengguna aktif bulanan Spotify juga meningkat kepada 574 juta menunjukkan peningkatan 4% daripada suku terakhir. 

Apabila dibandingkan angka ini dengan tempoh yang sama tahun lepas, ia menjadi lebih mengagumkan. Hal ini kerana jumlah pengguna yang melanggan Spotify meningkat sebanyak 16% tahun ke tahun, dan malah pengguna aktif bulanannya meningkat sebanyak 26% tahun ke tahun.



Dalam bahagian keuntungan, Spotify memperoleh sekitar USD69 juta untuk suku tahun ini, berbeza dengan kerugian USD177 juta daripada tahun sebelumnya. Pendapatan operasi berjumlah kira-kira USD34 juta, agak pulih daripada kerugian operasi kira-kira USD243 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Sebelum ini, Spotify mengumumkan kenaikan langganan harga premiumnya kepada beberapa buah negara seperti United Kingdom, Singapura, Amerika Syarikat, Spain, Brazil termasuklah Malaysia. Untuk pasaran Malaysia, kenaikan harga adalah antara RM1 hingga RM1.70.



Mungkin disebabkan Spotify melancarkan buku audio untuk pelanggan premium yang membolehkan akses sehingga 15 jam kandungan buku audio, ciri podcast baharu termasuk transkripsi yang dijana secara automatik serta ciri terjemahan suara dikuasakan AI menjadi antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan pengguna.

[Sumber: Spotify]

Bacaan berkaitan:

  • Harga langganan Spotify Premium naik di Malaysia, anda masih nak guna ke?
  • Pelan Supremium dikesan dalam kod aturcara app Spotify, harga USD19.99/bulan
Tags: Spotify
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Apple tegur Spotify yang tak sedar dek untung

Pelanggan Spotify premium meningkat 226 juta walaupun harga langganan naik, kenapa?

25 October 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER