• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maybank umum Secure2u hanya boleh diaktifkan melalui ATM bermula 31 Oktober

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:55 am
  • 27/10/2023
  • Komen
Maybank umum Secure2u hanya boleh diaktifkan melalui ATM bermula 31 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Maybank telah mengumumkan mereka akan mengambil pendekatan baharu bagi mengukuhkan lagi sistem perbankan mereka. Maybank memaklumkan, mulai 31 Oktober 2023, semua pengesahan secure2u kali pertama dan pengaktifan Secure2u di peranti baru akan boleh diaktifkan menerusi mesin ATM Maybank sahaja.

Menurut Maybank, langkah ini bertujuan untuk mengurangkan transaksi tanpa kebenaran dan aktiviti penipuan, selain daripada lima langkah utama yang diperkenal oleh bank-bank tempatan pada Julai 2023 untuk memerangi scam.



Pengesahan Secure2u melalui ATM ini hanya dikenakan jika anda pengguna baru yang mahu mengaktifkannya, atau mendaftar Secure2u di peranti lain. Jikalau anda pengguna sedia ada Maybank dan telah mengaktifkan Secure2u di telefon pintar, anda tidak perlu mengatifkan Secure2u di ATM. Buat masa sekarang, Secure2u hanya boleh diaktifkan melalui SMS OTP tetapi dengan pendekatan ini, anda perlu hadir ke mana-mana ATM Maybank bersama kad ATM untuk mengaktifkannya, bermula 31 Oktober ini.

Bagi yang masih tidak tahu apa itu Secure2u, ia adalah cara untuk mengesahkan transaksi atas talian, setelah semua bank telah diarahkan untuk beralih dari penggunaan SMS OTP. Secure2u merupakan satu-satunya cara pengesahan transaksi perbankan Maybank sejak 1 Julai 2023.



Cara untuk aktifkan Secure2u di ATM Maybank

Untuk mengatifkan Secure2u, ia perlu didaftar menggunakan aplikasi MAE terlebih dahulu, kemudian anda boleh mengaktifkannya di ATM terdekat. Berikut adalah cara untuk mengaktifkan Secure2u di ATM:

  1. Pergi ke ATM Maybank terdekat, kemudian masukkan kad dan nombor PIN
  2. Di menu utama, pilih ‘Pengaktifan Secure2u’
  3. Pilih ‘Aktifkan Secure2u’ dan ikut arahan yang tertera pada skrin untuk menyudahkan pengaktifan

Walau bagaimanapun, penting untuk anda tahu bahawa selepas pengaktifan berjaya, pengguna akan dikenakan tempoh bertenang minimum 12 jam sebelum boleh menggunakan Secure2u. Namun, Maybank mengatakan tempoh bertenang mungkin berbeza-beza berdasatkan trend penipuan dan corak transaksi yang dianalisis oleh bank.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari laman Secure2u Maybank.

Bacaan berkaitan

Maybank kuatkuasa penggunaan Secure2u di aplikasi MAE sahaja bermula 1 Julai, tiada lagi SMS OTP

Maybank Kill Switch kini boleh digunakan sekat kad kredit dan kad caj dari disalahguna

Tags: MAEMaybankMaybank Secure2uSecure2u
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Maybank umum Secure2u hanya boleh diaktifkan melalui ATM bermula 31 Oktober

Maybank umum Secure2u hanya boleh diaktifkan melalui ATM bermula 31 Oktober

27 October 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER