• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ookyo bagi 8GB kuota dan 4 aplikasi tanpa had kuota jika daftar sebelum tahun 2019

  • OLEH Najib
  • 1:55 pm
  • 29/10/2018
  • Komen
ookyo bagi 8GB kuota dan 4 aplikasi tanpa had kuota jika daftar sebelum tahun 2019
Share on FacebookShare on Twitter

ookyo adalah satu penyedia internet mudah alih di Malaysia, yang menawarkan penggunaan aplikasi terpilih tanpa had, dengan komitmen bulanan RM30 sebulan. Untuk penggunaan lain, ookyo memberi 5GB kuota internet berkelajuan pantas.

Kini ookyo mengadakan Promosi Mega Hujung Tahun, yang menawarkan 8GB kuota internet berkelajuan pantas, berbanding hanya 5GB sebelum ini, kepada semua pelanggan ookyo sedia ada, ataupun mereka yang baru mendaftar di antara 11 Oktober hingga 31 Disember 2018. Jika mendaftar pada 1 Januari 2019 dan selepasnya, akan terima 5GB kuota internet sahaja.



Selain kuota internet berkelajuan pantas, semua pelanggan ookyo boleh memilih 4 aplikasi untuk digunakan tanpa had kuota. Terdapat pelbagai aplikasi boleh dipilih seperti games, media sosial, strim video dan lain-lain boleh dijadikan aplikasi pilihan tanpa had kuota.

Bermakna, 8GB kuota internet untuk kegunaan semua bersama 4 aplikasi tanpa had kuota di ookyo, hanya RM30 sebulan. Tetapi ini di dalam tempoh Promosi Mega Hujung Tahun sahaja. Selepas itu hanya dapat 5GB kuota internet bersama 4 aplikasi pilihan.



Jika mahu menambah aplikasi tanpa had kuota, ia dicaj hanya RM3 sebulan untuk setiap aplikasi. Untuk panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian pula, pengguna hanya perlu menambah RM8 sebulan.

Bagaimanapun, untuk menikmati 4 aplikasi pilihan tanpa had kuota ini, ookyo memerlukan pengguna mengaktifkan VPN, yang datang bersama aplikasi ookyo. Buat masa ini, aplikasi ookyo hanya terdapat di Android, masih tiada di iOS.

Pengguna iOS masih boleh menggunakan kad sim ookyo tetapi tidak boleh menikmati 4 aplikasi pilihan tanpa had kuota. Hanya dapat menggunakan kuota internet biasa 8GB (atau 5GB di luar promosi).

ookyo adalah pelan internet mudah alih digital di mana semuanya diuruskan secara digital, dari pendaftaran, sehingga pengurusan akaun dan khidmat pelanggan. ookyo juga memerlukan pengguna mendaftar akaun bersama kad debit atau kredit untuk langganan automatik, tetapi memberi pilihan untuk langganan manual melalui perbankan dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, semak laman Promosi Mega Hujung Tahun ookyo.

Tags: ookyo
Najib

Najib

POPULAR

ookyo bagi 8GB kuota dan 4 aplikasi tanpa had kuota jika daftar sebelum tahun 2019

ookyo bagi 8GB kuota dan 4 aplikasi tanpa had kuota jika daftar sebelum tahun 2019

29 October 2018
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

30 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN