• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Bitcoin menang kes saman, Luno perlu bayar RM697,000

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 9:56 am
  • 03/11/2023
  • Komen
231102 Saman Bitcoin Luno
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lelaki warga Malaysia, Yew See Tak dianugerahkan hampir RM700,000 sebagai ganti rugi dalam saman kecuaian yang difailkan terhadap firma pelaburan mata wang kripto, Luno Malaysia Sdn Bhd.

Apa sebenarnya yang berlaku sampai boleh menang saman sehingga RM700,000 ini?



Kronologi kes

Menurut Yew yang merupakan pelanggan berdaftar dan pemegang akaun Luno, dia mendapati akaunnya digunakan dalam tiga transaksi untuk membeli 2.730096 Bitcoin (BTC) pada 6 Mac 2021. Dia menambah, jumlah 2.730096 BTC tersebut bersama 0.15106083 BTC sedia ada dalam akaunnya kemudiannya dipindahkan ke akaun yang tidak diketahui melalui transaksi haram.

Berdasarkan kadar pertukaran di mana satu Bitcoin bernilai RM207,527.77 ketika itu, jumlah 2.88115683 BTC yang dipindahkan daripada akaunnya bernilai RM597,920.05.



Yew mendakwa setiap urus niaga tersebut dilakukan tanpa pengetahuan dan kelulusannya. Dia mengesyaki kemungkinan transaksi akan dikaitkan dengan tujuan yang menyalahi undang-undang seperti pengubahan wang haram. Sehubungan itu, Yew membuat laporan polis berhubung urus niaga tersebut bagi membolehkan penyiasatan dilakukan. 

Selain tuntutan mahkamah yang difailkan melalui writ saman di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya pada 25 Ogos 2021, Yew turut memohon beberapa perintah mahkamah, termasuklah pengisytiharan mahkamah bahawa dia tidak terlibat dalam transaksi pada 6 Mac 2021 dalam akaun Lunonya.

Keputusan mahkamah

Menerusi keputusan yang dihantar secara dalam talian, hakim Mahkamah Sesyen Sazlina Safie memutuskan untuk memihak kepada Yew dan menganggap Luno melakukan kecuaian.

Mahkamah juga memerintahkan Luno untuk membayar pampasan sebanyak RM597,920.05 bersama tambahan RM100,000 sebagai ganti rugi teladan.

Namun Luno tidak perlu segera membayar jumlah yang diarahkan kepada Yew. Ini kerana syarikat itu berjaya mendapatkan penangguhan sementara selama 14 hari, bagi memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan tersebut.

Jadikan platform lebih selamat

Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Sesyen, peguam kepada Yew, Ong Yu Jian menganggap ia menghantar mesej jelas bahawa platform mata wang kripto boleh dipertanggungjawab jika akaun pelanggan ditipu atau digodam.

Bagi Ong, ia adalah satu perkembangan yang sangat menggalakkan dalam undang-undang mata wang kripto. Malah ia adalah keputusan pertama seumpama ini di Malaysia terhadap platform mata wang kripto yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ong juga berharap situasi itu akan menjadikan platform mata wang kripto lebih selamat.

Jadi ini bermakna, jika mahkamah boleh memutuskan dalam kes Bitcoin ini, firma pelaburan mata wang kripto cuai, tidak mustahil pada masa hadapan ia boleh dijadikan rujukan untuk kes scam yang melibatkan bank.

Ini kerana sudah kerap berlaku akaun bank pengguna digodam dan kena scam. Malah dalam kebanyakan kes, duit pengguna lesap macam tu sahaja dan tiada pembelaan buat mereka.

[Sumber: MalayMail]

Bacaan berkaitan:

  • EL Salvador pertama dunia perakui Bitcoin sebagai wang sah
Tags: bitcoinLuno
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231102 Saman Bitcoin Luno

Pengguna Bitcoin menang kes saman, Luno perlu bayar RM697,000

3 November 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN