• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

7 November tarikh ketibaan rasmi Realme di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 8:10 pm
  • 30/10/2018
  • Komen
7 November tarikh ketibaan rasmi Realme di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tak payah tunggu lama, Realme Malaysia kini mengesahkan kedatangan mereka secara rasmi pada 7 November 2018. Perkara ini diumumkan menerusi saluran media sosial rasmi mereka di Facebook dan Instagram.

Beberapa petunjuk yang dikongsi menyatakan siri Realme 2 akan dilancarkan di Malaysia pada 7 November 2018. Ini pastinya termasuk Realme 2, Realme 2 Pro dan Realme C1.



Raise your hands if you want to attend the launch and be part of the #realmesquad ????‍♂️ All you need to do to score…

Posted by Realme on Tuesday, 30 October 2018

Tetapi apa yang jelas adalah gambar yang terdapat di media sosial rasmi Realme Malaysia, menunjukkan telefon pintar dengan dahi skrin bertakuk kecil titisan air. Ia adalah Realme 2 Pro.

Sekurang-kurangnya, ini mengesahkan Realme 2 Pro akan diperkenalkan di majlis pelancaran Realme Malaysia kelak. Ia dilihat dapat memberi cabaran sengit kepada Redmi Note 6 Pro, honor 8X dan ASUS Zenfone Max Pro M1.



Dari apa yang kami lihat juga, harga dan spesifikasi yang ditawarkan, Realme C1 adalah pilihan yang lebih baik jika Realme Malaysia mahu mula bertapak di Malaysia.

Realme C1 dilancarkan di Indonesia berharga IDR1.499.900 (~RM408) sahaja. Ia dikuasakan cip Snapdragon 450, RAM 2GB dan storan 16GB. Tarikan lainnya seperti skrin 6.2-inci 19:9, bateri besar 4,230mAh dan dwi-kamera belakang 13MP+2MP. Satu tawaran yang belum dapat dilihat di Malaysia.

Realme Malaysia juga ingin menjemput mereka yang terpilih untuk turut sama memeriahkan majlis pelancaran pertama Realme di Malaysia. Jika anda berminat untuk hadir, apa yang perlu dilakukan ialah mengambil gambar yang membawa maksud #PowerMeetsStyle.

Kemudian ikuti Realme Malaysia di Facebook dan Instagram., muat naik gambar tadi di akaun peribadi anda dan sertakan sekali tanda pagar #Realme #PowerMeetsStyle #RealmeMalaysia. Jangan lupa tetapkan akaun anda kepada Public.

Kita jumpa pada 7 November nanti ya.

Tags: RealmeRealme 2Realme 2 ProRealme C1Realme Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
7 November tarikh ketibaan rasmi Realme di Malaysia

7 November tarikh ketibaan rasmi Realme di Malaysia

30 October 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN