• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Realme GT2 Pro boleh uji Android 14 sekarang tetapi tempat terhad, daftar segera di sini

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:31 pm
  • 08/11/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat pengguna Realme GT2 Pro. Realme Malaysia telah mengumumkan pembukaan akses program beta Realme UI 5.0 berasaskan Android 14 baharu khas untuk pengguna Realme GT2 bermula 2 November tempoh hari. Ia dibuka kepada jumlah pengguna yang terhad, dan dilakukan secara berkelompok.

Ciri Baru Realme UI 5.0

Dengan akses awal Realme UI 5.0 ini, pengguna akan mendapat akses untuk mencuba sejumlah ciri baharu. Ini termasuk untuk keselamatan dan privasi yang dipertingkatkan yang menyediakan pengkaksesan aplikasi lebih selamat, prestasi yang dioptimumkan berikan animasi dan pembukaan aplikasi lebih lancar serta penambahbaikan sistem tawar lebih banyak sokongan aplikasi untuk aplikasi pembersih dan menyediakan tetapan Media Output di ‘Control Center’.



Bukan itu sahaja, antaramuka juga dikemaskini dengan gaya warna yang lebih segar, jelas dan mesra pengguna, di samping ditambah nada dering serta bunyi sistem notifikasi baharu.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil tahu sebelum memohon program beta UI 5.0. Pengguna GT2 Pro perlu pastikan telefon tidak dalam keadaan rooted, melakukan backup data terlebih dahulu, mengemaskini semua aplikasi kepada versi terbaru di PlayStore, dan pastikan telefon tersedia dengan lebihan storan sebanyak 15GB.



Cara Daftar Akses Beta Realme UI 5.0

Untuk memohon, ada boleh rujuk cara di bawah:

  1. Pastikan Realme GT2 Pro ada sekurang-kurangnya bateri 60%
  2. Kemaskini peranti ke versi UI yang diperlukan > RMX3301_13.1.0.506(EX01)
  3. Buka mod Developer (Settings > About device > Version > Version Number > tekan nombor versi sebanyak 7 kali
  4. Memohon akses awal melalui saluran Software Update Application: (Settings > About device > tekan pada “realme UI 4.0” di atas > tekan tiga dot di atas hujung kanan > pilih Beta program > Early Access > tekan Apply now > masukkan maklumat dan selesai.

Namun, ambil perhatian bahawa versi akses awal beta ini mungkin akan ada bug dan sesetengah aplikasi mungkin tidak berfungsi dengan baik, jadi mungkin akan ada kesan terhadap penggunaan harian. Realme juga tidak menjanjikan semua pemohon akan menerima kemaskini ini dan menyarankan mereka yang tidak berjaya untuk menunggu ia dikeluarkan secara rasmi.

Pada awalnya, program beta UI 5.0 ini dikeluarkan pada 21 September 2023 untuk pengguna India dan Russia. Realme GT2 Pro datang dengan sistem operasi Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 dengan jaminan kemaskini Android sebanyak 3 kali dan keselamatan selama 4 tahun. Bermakna, ia akan menerima kemaskini sehingga Android 15.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Realme di sini.

Tags: android 14Realmerealme gt 2 proUI 5.0
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026

Pengguna Realme GT2 Pro boleh uji Android 14 sekarang tetapi tempat terhad, daftar segera di sini

8 November 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER