• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kapal kargo membawa 1,200 Tesla Model 3 dijangka tiba di Malaysia minggu ini

  • OLEH Najib
  • 11:24 am
  • 20/11/2023
  • Komen
Kapal kargo membawa 1,200 Tesla Model 3 dijangka tiba di Malaysia minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Tesla Model 3 telah dilancar di Malaysia bulan Oktober lepas dan penghantaran pertamanya telah diumumkan akan dibuat pada akhir tahun ini. Perkara ini dilihat bakal menjadi kenyataan kerana ada laporan tentang 1,200 unit Tesla Model 3 sedan dalam perjalanan dihantar ke Malaysia.

Kapal kargo membawa Tesla Model 3 dijangka tiba minggu ini

Menurut laporan China News, sebuah kapal kargo yang berdaftar di Jepun dengan nama “Procyon Leader” telah berlepas dari pelabuhan Nangang di Shanghai, China pada 19 November 2023. Ia memuatkan sebanyak 1,200 unit Tesla Model 3 serta beberapa kenderaan dengan tenaga baharu, termasuk MG.



Kapal tersebut boleh dijejak secara atas talian dan kini dalam pelayaran menuju ke Malaysia. Ia dijangka tiba di Pelabuhan Klang pada hari Sabtu ini, 25 November 2023.

🚢BREAKING 🚢
Video of new Tesla-Ship Procyon Leader loading 1,200 Model 3 "Highland" bound for Malaysia 🇲🇾 @ Shanghai's Nangang Terminal. The ship is now en route.

Hat tip to @rsskhk for the info

Follow your Tesla-order & Tesla-Ships here
patreon. com/mortengrove pic.twitter.com/xIJlIjkoSI

— Morten Grove: Captain of all Tesla-Ships & CTs (@mortenlund89) November 19, 2023

Dengan tibanya Tesla Model 3 ini, ia akan menjadi menjadi kenderaan pertama diedar oleh Tesla Malaysia kepada pengguna dalam negara. Sebenarnya, model pertama yang dilancar oleh Tesla Malaysia adalah Tesla Model Y pada bulan Julai dan dibuka tempahan lebih awal, sebelum melancar Tesla Model 3 pada bulan Oktober. Tetapi penghantaran pertama Tesla Model Y dijangka bermula seawal tahun hadapan. Tesla Malaysia juga membenarkan pertukaran tempahan dari Model Y ke Model 3 tanpa kehilangan deposit RM1,000 yang dibuat untuk Model 3.



Beberapa pembeli yang membuat tempahan awal Model 3 telah berkongsi di media sosial bahawa mereka telah dihubungi oleh Tesla Malaysia untuk penghantaran kereta baru tersebut. Mungkin akan ada majlis penyerahan untuk kumpulan pertama penerima Model 3 ini.

Harga & Spesifikasi Tesla Model 3

Malaysia merupakan antara negara terawal menerima Tesla Model 3 yang diperbaharui, dikenali sebagai Tesla Model 3 Highland. Ia menerima beberapa naik taraf rupa serta perubahan yang penuh kontroversi.

Tesla Model 3 dijual di Malaysia dari RM189,000 untuk varian Standard Range yang memiliki jarak pemanduan sehingga 513km (WLTP). Ia datang dengan satu motor enjin belakang, dengan kuasa pecutan 0-100km/j dalam masa 6.1 saat dan kelajuan tertinggi mencecah 201km/j.

Tesla Model 3 Highland luar dan dalam

Untuk prestasi dan jarak lebih tinggi, varian Long Range merupakan EV termurah di Malaysia dengan jarak pemanduan melebihi 600km (WLTP). Ia berharga dari RM218,000, dilengkapi dua motor enjin dan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.4 saat sahaja, serta kelajuan tertinggi 201km/j.

Perubahan yang dikenakan pada Tesla Model 3 Highland ini adalah seperti suspensi yang ditambah baik dan kaca yang menebat bunyi dengan lebih baik. Walaupun menggunakan bateri yang serupa denga model sebelum ini, Model 3 Highland memiliki kecekapan tenaga lebih tinggi kerana rekaan baru menjadikan pekali seret (drag coefficient) lebih rendah, hanya 0.219cd.

Gear Pemanduan di skrin sentuh
Butang lampu tukar arah di stereng

Tetapi perkara kontroversi yang menjadi bualan ramai adalah ketiadaan batang gear pemanduan dan batang lampu arah. Tesla mengubah batang lampu arah kepada butang yang terletak di stereng. Manakala batang gear pemanduan diletak ke dalam skrin sentuh di tengah dan gear boleh ditukar dengan meleretnya di skrin. Tetapi sebagai sandaran, Tesla ada meletakkan butang P-R-N-D di siling kereta, bersama butang lampu amaran.

Beberapa perkara ini ada gantian atau alternatif yang sedang diusahakan pihak ketiga. Anda juga boleh menonton bagaimana Model 3 tanpa batang lampu arah digunakan di dalam bulatan di jalan.

[Sumber: Khairul]

Bacaan Berkaitan

  • Tesla Model 3 Malaysia: Harga bermula RM189k dan model berjarak kembara lebih 600km termurah
  • Penempah Tesla Model Y boleh mohon pemulangan deposit RM1,000 bila tempah Model 3
  • Tesla Model 3 “Highland” dilancar di Malaysia, EV termurah untuk jarak pemanduan lebih 600km
Tags: EV MalaysiaTeslaTesla Model 3
Najib

Najib

POPULAR

Kapal kargo membawa 1,200 Tesla Model 3 dijangka tiba di Malaysia minggu ini

Kapal kargo membawa 1,200 Tesla Model 3 dijangka tiba di Malaysia minggu ini

20 November 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN