• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Seksyen 6 Lebuhraya WCE dibuka, percuma untuk semua kenderaan sehingga Januari 2024

  • OLEH Najib
  • 2:23 pm
  • 21/11/2023
  • Komen
Seksyen 6 Lebuhraya WCE dibuka, percuma untuk semua kenderaan sehingga Januari 2024

default

Share on FacebookShare on Twitter

Laluan pesisir pantai barat di Selangor kini lebih lancar dengan pembukaan Seksyen 6, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE). Ia menghubungkan Bukit Raja di Klang, ke Assam Jawa di Kuala Selangor melibatkan jajaran sepanjang 21.8 kilometer.

Pembukaan Seksyen 6 Lebuhraya WCE ini dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Kapar ke Assam Jawa yang mengambil masa hanya 15 minit sahaja, berbanding 45 minit melalui jalan lama. Seksyen 6 ini juga mempunyai sambungan secara terus dengan Lebuhraya LATAR yang menawarkan lebih kesalinghubungan ke Lebuhraya Guthrie dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).



Tol Percuma Sehingga 2 Januari 2024

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi. sumber

Bersama pembukaan ini, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi turut mengumumkan pengecualian tol bagi semua jenis kelas kenderaan yang melalui Lebuhraya WCE Seksyen 6 ini sehingga 2 Januari 2024. Tol percuma ini hanya untuk pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa atau sebaliknya di kedua-dua arah.

Bagi pengguna dari Seksyen 5 (Plaza Tol Bandar Bukit Raja Selatan) di kedua-dua arah akan dikenakan kadar tol Seksyen 5 seperti biasa, mengikut jenis kelas kenderaan.



pic.twitter.com/R5OWLr0N4u

— West Coast Expressway (@WCEInfo) November 21, 2023

Laluan pantas ke Kuala Selangor menuju ke Perak

Pembukaan Seksyen 6 Lebuhraya WCE akan memudahkan lagi perjalanan penduduk Lembah Klang ke lokasi pelancongan menarik di Kuala Selangor. Antaranya ke Bandar Warisan Batu Arang dan Bukit Melawati yang penuh bersejarah, Sky Mirror yang menarik untuk bergambar, serta Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan yang menampilkan suasana alam semulajadi yang luar biasa.

Lebuhraya WCE menghubungkan pesisir pantai barat negeri Selangor dan Perak, dari Klang sehingga Taiping yang merentasi beberapa pekan dan bandar. Antaranya Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam di negeri Selangor, serta Teluk Intan, Sitiawan, Beruas dan Trong di negeri Perak.

Peta Lebuhraya WCE menghubungkan pantai barat Selangor dan Perak

Menerusi Lebuhraya WCE, rakyat Malaysia kini memiliki laluan alternatif dari Kuala Lumpur ke utara selain Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Malah, WCE menawarkan laluan yang lebih landai, berbanding laluan berbukit bukau di PLUS.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi WCE serta Facebook WCE.

Bacaan Berkaitan

  • 11 lebuhraya mula guna Sistem Pembayaran Terbuka, Jambatan Pulau Pinang akan laksana kemudian
  • Kenapa sistem bayaran terbuka di lebuhraya ambil masa lama untuk dilaksana? Ini jawapan Menteri
  • Lebuhraya Sungai Besi jadi lokasi pertama ujian tol bebas palang MLFF
Tags: Alexander Nanta LinggiLebuhrayaWCE
Najib

Najib

POPULAR

Seksyen 6 Lebuhraya WCE dibuka, percuma untuk semua kenderaan sehingga Januari 2024

Seksyen 6 Lebuhraya WCE dibuka, percuma untuk semua kenderaan sehingga Januari 2024

21 November 2023
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN