Inisiatif eMadani yang diumumkan minggu lepas, boleh mula ditebus hari ini, 4 Disember 2023. Ia menawarkan kredit RM100 melalui penyedia perkhidmatan e-dompet (eWallet) terpilih, kepada warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah.
Salah satu penyedia eWallet yang terpilih adalah Shopee menerusi ShopeePay. Shopee menyatakan, pengguna yang memilih untuk menebus eMadani melalui ShopeePay akan menerima ganjaran tambahan berupa baucar bernilai RM600.
Baucar Shopee RM600 & Cabutan Bertuah Galaxy Z Fold 5
Pecahan baucar adalah seperti berikut:
- Baucar Shopee RM365 – Baucar penghantaran percuma, baucar pulangan syiling, baucar ShopeeLive, Baucar ShopeeMall & preferred Seller)
- Baucar SpayLater RM50 – Baucar Online di Shopee & Offline di kedai fizikal
- Baucar ShopeeFood RM155 – Baucar penghantaran percuma ShopeeFood & Baucar diskaun makanan ShopeeFood
- Baucar Insurans Kereta RM30
Selain itu, pengguna yang menebus eMadani di ShopeePay juga layak menyertai cabutan bertuah yang menyediakan hadiah telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip 5 bernilai RM4,499.
Jika anda berminat dengan tawaran ini, boleh menebus kredit RM100 eMadani menerusi aplikasi Shopee. Buka aplikasi, tekan pada ikon eMadani dan pilih Tebus Sekarang. Anda akan dimaklumkan jika permohonan berjaya. Permohonan eMadani dibuka dari 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.
Selepas menerima kredit RM100 eMadani, ia boleh digunakan untuk transaksi fizikal sahaja iaitu mengimbas kod QR DuitNow di kedai. Kredit eMadani yang tidak habis digunakan selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024, akan dikeluarkan secara automatik daripada eWallet pemohon.
Untuk maklumat lanjut, semak laman eMadani di Shopee.