Televisyen dengan paparan besar kini sudah berada dalam lingkungan harga marhaen. Ditambah pula dengan kandungan 4K serta lambakan servis penstriman, anda tentunya perlukan TV besar di ruang tamu anda. Namun begitu, saiz TV sangat bergantung kepada jarak tontonan anda. Contohnya, dicadangkan yang jarak tontongan terbaik untuk TV 65” adalah 2 hingga 3 meter.
Menonton terlalu dekat jadikan mata anda perlu bekerja lebih kuat untuk lihat daripada sisi bingkai ke sisi bingkai lagi satu sementara jika menonton terlalu jauh, kepuasan itu tiada. Dalam artikel ini saya nak kongsikan dengan anda 5 TV 65” terbaik yang boleh anda dapatkan dalam pasaran masa ini.
1. Samsung CU8000
Saya mulakan dengan jenama Samsung. Model yang saya sarankan adalah CU8000 dan ia adalah model untuk tahun 2023. Untuk tahun barisan TV 2023, Samsung bawakan ciri-ciri yang saya rasakan segar sedang pengeluar lain masih gunakan komponen lama.
Contohnya, CU8000 gunakan Bluetooth 5.2 dan Wi-Fi 5 yang saya yakin masih ada pengeluar sana yang gunakan Bluetooth 4 dengan Wi-Fi i4 tapi harganya, boleh tahan mahal. Mereka berharap yang pengguna tak cakna.
Panel Samsung CU8000 ada kadar segar semula natif 50Hz dan ada teknologi MEMC yang dijenamakan mereka sebagai Motion Xcelerator untuk jadikan pergerakkan dalam video nampak licin. Dengan cip Crystal UHD Processor 4K, TV ini sokong kandungan HDR10+ dengan HLG.
Pada segi audio, anda dapat sistem speaker stereo 20W yang baisa saja utnuk sebuah TV. Jangan lupa untuk gunakan Q-Symphony iaitu anda boleh sambung sistem audio Samsung dan semua speaker akan saling berfungsi secara dinamik, secara automatik.
Itulah salah satu kelebihan Samsung iaitu ekosistemnya yang luas. Selain daripada Q-Symphony, TV ini juga ada ciri pintar seperti Samsung Health iaitu ciri ang akan paparakan statistik kesihatan anda yang ditarik dari awan. Berguna kalau anda ada penjejak aktiviti Samsung seperti Galaxy Watch.
Samsung CU8000 diperkasa sistem operasi Tizen Smart TV OS. Anda jangan risau, semua platform penstriman utama ada apikasi masing-masing. Ia juga ada ciri-ciri kecil yang sangat berguna jika anda manfaatkannya. Contohnya Samsung Multiroom yang boleh himpunkan semua speaker yang sokong Multiroom dalam satu kluster. Anda boleh kawal speaker secara individu, ataupun mainkan lagu seperti anda ada sistem audio seluruh rumah. Kemudian TV ini juga boleh terima sambungan Samsung Dex secara wayarles.
Alat kawalan pula adalah model SolarCell Remote. Tak perlu bimbang habis bateri. Tak seperti orang, alat kawalan ini suka disidai.
Laman rasmi produk
Beli di Lazada
Beli di Shopee
2. Sony Bravia X75K
Kemudian, kita ada Sony, jenama yang tidak asing lagi dalam dunia audio visual. Anda pernah dengar TV yang diiklankan selamat daripada panahan petir? Sony berani katakannya. Memang Sony Bravia X75K ini harganya RM3,199, lebih daripada bajet, tapi susah untuk saya tak masukkannya atas sebab ini.
Sony Bravia X75K ada teknologi X-Protection PRO dan ia dilindungi daripada kerosakan kilat ataupun power surge secara tiba-tiba. Jadi, risiko TV anda rosak bila tonton sewaktu hujan.
TV 65” ini diperkasa 4K Processor X1 dan ada Motionflow XR untuk tukarkan video refresh rate biasa menjadi seakan 200fps walaupun panel paprannya mempunyai kadar segar semula 50Hz secara natif.
Bravia X75K diperkasa Google TV. Jadi anda boleh jangkakan pelbagai penawaran aplikasi menarik menerusi gedung dalam taliannya. Storan sebanyak 16GB disediakan untuk anda pasang aplikasi penstriman kegemaran anda. Pengguna telefon Android boleh manfaatkan ciri Chromecast untuk mengawal TV secara wayarles.
Malangnya, Bravia X75K masih gunakan Bluetooth 5.0, mujurlah capaian Wi-Fi menggunakan versi 5Ghz.
Laman rasmi produk
Beli di Lazada
Beli di Shopee
3. LG UR75
TV nombor 3 ini juga daripada jenama yang besar iaitu LG. Model yang ingin diketengahkan saya adalah LG UR75 dan ia adalah salah satu entri dalam barisan TV LG untuk tahun 2023. Jadi anda beroleh cip pemproses α5 AI Processor 4K Gen6 yang baharu.
Panel paparan UR75 mempunyai kadar segar semula natif 60Hz dan menyokong kandungan HDR10 dan HLG. Kalau Samsung ada Tizen, Sony ada Google TV, LG ada webOS 23. Walaupun tidak seluas ekosistem Google TV, penawaran aplikasi WebOS adalah cukup untuk kegunaan sehari-hari.
Walaupun tiada Chromecast sebab ia bukanlah dikuasakan Google TV, LG UR75 ada Apple Airplay.
Satu ciri menarik TV LG yang anda sudah nak jumpa pada TV lain adalah alat kawalannya iaitu Magic Remote Control. Alat kawalan itu ada giroskop dan bila anda hayunkannya, kursor akan terpapar di atas skrin. Ia memudahkan navigasi dilakukan terutamanya bila anda gunakan pelayar web untuk menaip guna papan kekunci digital.
LG walaupun ciri quality of life nya tak sebanyak Sony, apatah lagi Samsung. Ramai orang yang sukakan jenama ini kerana kredibilitinya sebagai penghasil panel paparan LCD terkemuka dunia.
Laman rasmi produk
Beli di Lazada
Beli di Shopee
4. Panasonic MX650K
TV yang keempat yang akan saya kongsikan ini saya baca yang sangat popular di negara Eropah sana. Jenama Panasonic, yang mungkin picisan sahaja di Malaysia sekarang. Model yang ingin saya kongsikan adalah Panasonic TH-65MX650K. Harga rasminya adalah RM2,999 tapi anda boleh dapatkannya pada harga RM2,799.
TV Panasonic ini mempunyai cip pemproses 4K Studio Colour Engine dan menyokong kandungan HDR10+ dan HLG. Ada juga teknologi MEMC untuk jadikan video nampak lebih licin. Namun, kadar segar semula natif panel TV ini tidak pula dikongsikan.
Ciri-ciri unik agak kurang pada TV ini kecuali pada fungsi merakam kandungan TV pada SSD. Darpiada bahan rujukan YouTube, saya dapati yang ia hanya benarkan anda rakam kandungan daripada DVB-T sahaja, bukannya kandungan penstriman. Saya tahu otak cerdik anda nak buat apa.
Panasonic TH-65MX650K dikuasakan sistem operasi Google TV. Jadi, anda ada katalog aplikasi yang komprehensif dan Chromecast untuk dimaantkan.
Salah satu sebab saya masukkan TV ini adalah ia cuma seberat 10.5kg sahaja, kalau ikut spesifikasi teknikal yang dipaparkan. Hampir separuh daripada model-model lain dalam senarai ini. Jadi, proses nak gantungkannya di dinding adalah lebih selamat dan mudah kalau anda nak lakukannya secara solo.
Laman rasmi produk
Beli di Lazada
Beli di Shopee
5. Toshiba M550L
TV ini saya letakkannya paling belakang adalah sebab ini adalah jenama yang baru sahaja dihidupkan semula di Malaysia. Mereka mula tawarkan TV dalam tahun 2021 dulu dan TV yang ingin saya kongsikan adalah model M550L.
Memang TV ini adalah model 2022 kerana model 2023 adalah M550M. Namun, spesifikasi mereka adalah sama, kecuali pada M550M yang kini ada badan lebih langsing.
Bahan iklannya katakan M550L ada teknologi Quantum Dot Color. Ini macam pengeluar telefon kata kamera mereka boleh hasilkan gambar setaraf DSLR. Jangan terkeliru pula sebab ini bukanlah panel Quantum Dot. Mungkin sebab ia gunakan Full Array Local Dimming LED, mereka rasakan warnanya lebih baik daripada TV yang gunakan Edge LED sebagai lampu latar.
Toshiba M550L dipacu REGZA Engine 4K Pro sebagai cip pemproses imej.
Satu ciri unik TV ini berbanding 4 TV yang saya kongsikan di atas tad adalah sistem audionya. Biasanya TV ada sistem audio stereo berkuasa 20W sahaja. M550L ada 49W dengan subwoofer. TV bawah RM3,000 ada sistem audio mantap? Lain macam je.
Akhir sekali, Toshiba M550L menjalankan Google TV. Jadi tak perlu risau kandungan dalam talian, semuanya ada.