Skim Galakkan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) adalah satu skim rebat sebanyak RM2,400 bagi tujuan pembelian atau langganan motosikal elektrik kepada rakyat Malaysia bertujuan bagi menggalakkan rakyat untuk beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.
Belanjawan 2024: Rebat sehingga RM2,400 untuk beli motorsikal elektrik
Inisiatif ini telah diumumkan PM Anwar Ibrahim sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 tempoh hari.
Siapa yang layak mohon MARiiCas?
Berikut adalah tiga kriteria yang perlu dipenuhi bagi melayakkan anda memohon:
- Individu yang berpendapatan tahunan sebanyak RM120,000 ke bawah.
- Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas.
- Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 @ B2).
Langkah memohon MARiiCas
Anda perlu wujudkan akaun di portal MARiiCas. Pastikan anda guna alamat emel yang sah kerana emel pengesahan akaun akan dihantar ke sana serta kod QR yang akan diguna dalam proses pembelian.
Setelah berjaya mewujudkan akaun, anda boleh log masuk ke portal MARiiCas dan mulakan proses pendaftaran. Seksyen pertama yang perlu anda isi adalah maklumat peribadi termasuklah anggaran pendapatan tahunan.
Seksyen yang kedua adalah memuat naik dokumen sokongan. Bergantung kepada kategori, anda mungkin perlu muat naik dokumen yang berbeza. Dua lagi dokumen tambahan yang perlu anda muat naik
Agak memelikkan apabila kerajaan memohon pembayaran RM10.00 untuk mendaftar insiatif kelolaan mereka. Tapi itulah dia, anda perlu bayar amaun yang diminta.
Terima kod QR dan bawanya ke penjual motosikal EV untuk selesai pembelian. Kod QR adalah sah untuk tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan. Pemohon hendaklah membuat tempahan motosikal dalam tempoh tersebut.
Sekiranya tamat tempoh kelulusan, pemohon hendaklah memohon semula sebagai permohonan baru di dalam sistem. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan dari tarikh tamat tempoh kod QR.
Anda boleh beli atau langgan motosikal EV
Berdasarkan laman FAQ, MARiiCas boleh digunakan untuk pembelian ataupun langganan motosikal EV. Taarifannya adalah seperti berikut:
- Pembelian – Pembelian secara tunai atau pinjaman adalah berdasarkan harga motosikal yang TELAH ditolak rebat sebanyak RM2400.
- Langganan – Langganan adalah penggunaan motosikal elektrik secara sewaan dengan Syarikat Pengeluar sehingga tempoh sewaan tamat.
Contoh 1
Ahmad Jais ingin membeli motosikal elektik, jenama ABC yang berharga RM6,000 tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Selepas menerima kod QR, rebat akan diberikan sebanyak RM2,400, maka Ahmad Jais hanya perlu membayar RM3,600. Harga jualan tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
Contoh 2
Muthu telah memilih untuk pakej langganan motosikal elektrik XYZ. Pakej yang ditawarkan dengan harga RM500 sebulan. Setelah mendapat kod QR, rebat akan diberikan sebanyak RM200 bagi setiap bulan, maka jumlah akhir yang harus dibayar Muthu adalah RM300.
Sampai bila MARiiCas ditawarkan?
Tempoh permohonan MARiiCas adalah sah sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga kuantiti motosikal elektrik habis ditebus.