• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna WhatsApp boleh kongsi muzik semasa panggilan video

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:09 am
  • 09/12/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti seronok kalau dapat berkongsi muzik dan memainkannya secara langsung pada skrin semasa panggilan video supaya semua orang boleh mendengarnya, betul tak? Tidak lama lagi, perkara tersebut boleh dilakukan menerusi panggilan video WhatsApp.

Platform pemesejan yang dimiliki Meta ini dikatakan akan meningkatkan fungsi panggilan videonya dengan membenarkan pengguna berkongsi audio muzik semasa berkongsi skrin. Penambahan tersebut adalah dalam WhatsApp beta iOS versi 23.25.10.72.



📝 WhatsApp beta for iOS 23.25.10.72: what's new?

WhatsApp is working on a feature to share music audio during a video call, and it will be available in a future update!https://t.co/ZHMdf5RG7U pic.twitter.com/95dsVUbqOV

— WABetaInfo (@WABetaInfo) December 6, 2023

Ciri perkongsian skrin untuk pengguna iPhone

Menurut laporan dari WABetaInfo, ciri baharu tersebut diperkenalkan untuk pengguna iPhone. Ia membolehkan perkongsian audio sambil berkongsi skrin semasa panggilan video secara serentak.

Pengguna akan dapat mendengar video dan audio muzik bersama-sama apabila seseorang berkongsi skrin dalam panggilan video. Ini bermakna ia juga membolehkan perkongsian video muzik.



231209 WhatsApp Audio Video

Untuk pengguna iPhone yang ingin mencuba fungsi ini, anda perlu memulakan panggilan video terlebih dahulu dan pada bahagian bawah skrin akan terpapar ikon skrin bersebelahan ikon kamera. Dengan mengaktifkan ikon skrin, audio atau video muzik akan didapat dinikmati bersama.

Pun begitu, terdapat beberapa syarat untuk menggunakan fungsi ini:

  1. Perlu memastikan kamera dihidupkan semasa panggilan.
  2. Ciri perkongsian audio tidak berfungsi jika hanya membuat panggilan suara.

WhatsApp hanya menguji ciri perkongsian audio untuk pengguna iPhone dan masih tidak dapat dipastikan sama ada fungsi ini akan dilancarkan untuk pengguna Android atau tidak. Tetapi yang menggunakan WhatsApp bukan pengguna iPhone sahaja, jadi pastinya pengguna Android juga akan dapat merasai fungsi ini.

[Sumber: WABetaInfo]

Bacaan berkaitan:

  • Nak kongsi rahsia? Gunalah ciri sekali paparan mesej suara WhatsApp
  • Pengguna iPhone boleh kongsi foto & video dalam kualiti asal di WhatsApp
  • Nak sorok perbualan? Guna kod rahsia WhatsApp yang baru ni
Tags: iphonewhatsappwhatsapp beta
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Pengguna WhatsApp boleh kongsi muzik semasa panggilan video

9 December 2023
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN