• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Skrin retak atau bateri iPhone cepat habis? Jom tukar di Switch, serendah RM66

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:31 pm
  • 12/12/2023
  • Komen
iOS 15 tidak akan menyokong iPhone 6s dan iPhone SE
Share on FacebookShare on Twitter

Masih menggunakan iPhone lama seperti iPhone 6, iPhone 7 mahupun iPhone SE generasi ke-2 dan ada masalah bateri tidak tahan lama? Jika ya, ini ada tawaran untuk menggantikan bateri dengan harga yang cukup menjimatkan.

Switch menawarkan penggantian bateri iPhone dengan harga serendah RM66 serta penggantian skrin dari serendah RM499.



Penggantian bateri & skrin

Bagi pengguna iPhone 8 dan iPhone 8 Plus atau yang lebih lama, kos untuk menggantikan bateri baharu biasanya sekitar RM299. Tetapi jika menukarnya di Switch, anda hanya perlu membayar RM66 sahaja. 

Harga tersebut juga terpakai untuk iPhone SE (generasi pertama dan ke-2), iPhone 6 dan 6 Plus, iPhone 6s, 6s Plus serta iPhone 7 dan 7 Plus. Manakala untuk pengguna iPhone X, iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max, penggantian bateri akan menelan kos RM219, berbanding harga biasa sekitar RM430.



Untuk pengguna yang menghadapi masalah skrin rosak atau retak pula, harga untuk penggantian skrin akan dikenakan bayaran RM499 bagi iPhone SE generasi ke-2, iPhone 6s Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

Jika anda menggunakan iPhone X, XR, XS dan XS Max, caj yang akan dikenakan untuk penggantian skrin adalah sebanyak RM699, manakala penggantian paparan iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max berharga RM799.

Eksklusif untuk Kelab SURE

231212 Switch iPhone

Harga promosi yang ditawarkan adalah secara eksklusif untuk ahli Kelab SURE, dan anda boleh mendaftar sebagai ahli secara dalam talian jika berminat.

Kelab SURE ini merupakan program ganjaran dan kesetiaan Switch. Dengan menjadi ahlinya, anda boleh mendapatkan produk Apple dengan menggunakan baucar dan mata yang terkumpul setiap kali berbelanja di cawangan atau kedai dalam talian Urban Republic atau Switch. 

Selain dapat mengumpul mata, terdapat beberapa manfaat ekslusif lain untuk ahli Kelab SURE seperti:

  • Bonus belian ahli
  • Bonus sambutan hari lahir
  • Tawaran istimewa 
  • Notifikasi awal untuk jualan & acara istimewa

Suka untuk diingatkan bahawa harga yang disenaraikan di atas hanya terpakai untuk penggantian bateri dan skrin, tidak termasuk isu atau sebarang pembaikan lain yang mungkin diperlukan peranti anda. Tawaran ini tersedia atas dasar siapa cepat dia dapat dan tertakluk kepada ketersediaan alat ganti. 

Jika ingin mendapatkan penukaran pada hari yang sama, anda perlu membuat temu janji awal sebelum jam 12 malam. Seperti biasa, anda disarankan melakukan sandaran penuh iPhone sebelum menghantarnya untuk diservis.

Untuk lebih maklumat lanjut, anda boleh merujuk hantaran  di Facebook Switch.

[Sumber: Switch]

Bacaan berkaitan:

  • iPhone terpakai yang berbaloi untuk dibeli sekarang
  • Pemesejan RCS di iPhone bermula tahun 2024, iMessage kekal eksklusif
  • [REVIU] iPhone 15 Plus: Menghampiri keupayaan Pro, tapi ada kompromi besar pada skrin
Tags: appleiphoneiphone 11iPhone 11 Pro Maxiphone 6iphone 6siphone 7iphone 7 plusiphone 8iphone 8 plusiPhone SEiPhone XSwitchtukar bateri iPhone
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

iOS 15 tidak akan menyokong iPhone 6s dan iPhone SE

Skrin retak atau bateri iPhone cepat habis? Jom tukar di Switch, serendah RM66

12 December 2023
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Imej promosi Galaxy Z Fold 8 dan Z Fold 8 Ultra tertiris menjelang pelancaran

Imej promosi Galaxy Z Fold 8 dan Z Fold 8 Ultra tertiris menjelang pelancaran

20 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN