21 Oktober 2018 yang lalu, Celcom ada membuat pengumuman di beberapa saluran rasminya yang mereka akan melakukan naik taraf sistem mereka. Namun, ia telah ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Berita terbaru daripada mereka adalah naik taraf itu akan berlaku pada 11 November 2018, 8 malam hingga 12 November 2018, 9 pagi.
Tapi anda tak perlu khuatir kerana perkhidmatan suara, SMS, dan Internet tidak terjejas sama sekali dan anda boleh menggunakannya seperti biasa.
Yang akan mengalami kegendalaan adalah perkhidmatan seperti berikut:
Dear Customers,
We’re upgrading our billing system to give you a better experience. For more info, click here https://t.co/TAT58EXMKd pic.twitter.com/Q6FO7Tg7dC— Celcom Axiata (@Celcom) November 8, 2018
Servis-servis yang akan tergendala adalah seperti berikut:
- Tambah nilai prabayar
- Perpindahan nilai
- Semak status akaun
- Langganan Mobile Internet
- Tukar kad SIM
- Tukar pelan
- Pendaftaran baru
- Langganan pas roaming
- Bayar bil
- Langgan value added services
Selain pelanggan, beberapa saluran dalam talian Celcom turut sama tergendala. Mereka adalah:
- Pusat khidmat pelanggan
- Kedai dalam talian
- APP Celcom Life
- USSD
- Celcom Payment Kiosk (CPK)
- Business Portal/MCS Portal
- Semua saluran pembayaran bil termasuklah perbankan online dan ATM
Tapi anda tetap boleh memohon untuk perkhidmatan seperti pendaftaran baru dan juga MNP. Cumanya, permohonan itu akan diproses selepas naik taraf selesai.
Untuk beroleh maklumat lanjut, anda boleh melayari laman Facebook Celcom dan Xpax di: