• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MateBook D 16 (2024) guna pemproses Intel Core i9 gen-13 dan grafik Iris Xe

  • OLEH Najib
  • 7:31 pm
  • 14/12/2023
  • Komen
Huawei MateBook D 16 (2024) guna pemproses Intel Core i9 gen-13 dan grafik Iris Xe
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam majlis pelancaran di Dubai, Huawei turut memperkenal laptop yang diperbaharui kuasa dalamannya, Huawei MateBook D 16 (2024), di samping fon putik Huawei FreeClip dan tablet Huawei MatePad Pro 13.2″. Laptop ini mengekalkan reka bentuk laptop “D” dengan skrin yang lebih besar.

Sama seperti tawaran tablet terbaru, Huawei Malaysia turut menyediakan baucar RM1 untuk membeli speaker HUAWEI Sound Joy, jika mahu membeli laptop baru ini. Baucar ini terdapat di Stor Huawei di Lazada dan Shopee. Malah, ada hadiah misteri menanti pengguna yang mendaftar minat di laman web Huawei Malaysia.



Spesifikasi Huawei MateBook D 16

Walaupun rupa macam model lama, Huawei memperbaiki badan laptop ini dengan penggunaan bahan lebih ringan. Beratnya hanya 1.68kg seperti laptop 15-inci, malah badan laptop kini boleh dibuka rata 180-darjah.

Skrin di laptop ini berukuran 16-inci, jenis IPS LCD dalam nisbah 16:10. Resolusinya HD penuh dan ia ada kecerahan 300 nits. Bingkai juga agak kecil, dengan nisbah skrin-ke-badan setinggi 90%. Terdapat kamera web 720p HD di atas skrin untuk kegunaan persidangan video.



Naik taraf terbesar adalah penggunaan pemproses terbaru Intel Core-i generasi ke-13. Lebih menarik lagi, Huawei menawarkan varian dari i5 sehingga i9, bersama GPU berikut:

  • CPU Intel Core i9-13900H + GPU Intel Iris Xe
  • CPU Intel Core i7-13700H + GPU Intel Iris Xe
  • CPU Intel Core i5-13500H + GPU Intel Iris Xe
  • CPU Intel Core i5-13420H + GPU Intel UHD
  • CPU Intel Core i5-12450H + GPU Intel UHD

Saiz yang besar, membolehkan Huawei memuatkan papan kekunci berlampu bersaiz penuh, bersama kekunci nombor di sisi. Terdapat juga butang pantas untuk mematikan kamera web, trackpad serta memulakan carian. Pengimbas capjari turut disertakan, ditanam di dalam butang kuasa.

Capaian WiFi dikatakan lebih jauh kerana MateBook D 16 menggunakan antena Huawei Metaline, sehingga 270 meter. Ia menyokong WiFi 6 (802.11ax) serta Bluetooth 5.1. Sambungan berwayar juga mencukupi, dengan pilihan USB-C, USB A (3.2 gen-1 + USB 2.0), HDMI dan jek 3.5mm.

Biasanya, bateri 56Wj digunakan di laptop. Tetapi Huawei MateBook D 16 dilengkapi sehingga 70Wj bateri, memberikan masa penggunaan yang lebih panjang. Ia boleh dicas melalui USB-C, dengan sokongan kuasa sehingga 65W.

Menjalankan sistem operasi Windows 11, laptop ini turut datang dengan fungsi Super Device untuk bersambung ke peranti lain, serta fungsi SuperHub yang boleh memindahkan fail antara peranti dengan pantas.

Hanya ada 1 warna disediakan untuk laptop Huawei MateBook D 16 iaitu warna perak. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei MateBook D 16 (2024).

Bacaan Berkaitan

  • Huawei FreeClip, fon putik nampak pelik tapi banyak fungsi berguna
  • Huawei MatePad Pro 13.2″ nak lawan Tab S9 Ultra dan iPad Pro, dapatkan baucar RM1 sekarang
  • Huawei Matebook D 14: Kini diperkasa Intel Core i5 generasi ke-12
  • Huawei Matebook 16s (2023): Pacu kreativiti dengan skrin jitu warna dan Intel Core i9 generasi ke-13
Tags: HuaweiHuawei MateBook D 16laptopMateBook D 16
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Huawei MateBook D 16 (2024) guna pemproses Intel Core i9 gen-13 dan grafik Iris Xe

Huawei MateBook D 16 (2024) guna pemproses Intel Core i9 gen-13 dan grafik Iris Xe

14 December 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER