• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 12 akan dilancar 23 Januari 2024 bersama satu kejutan lain

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:46 am
  • 16/12/2023
  • Komen
OnePlus 12 akan dilancar 23 Januari 2024 bersama satu kejutan lain
Share on FacebookShare on Twitter

2024 adalah ulang tahun ke-10 kewujudan jenama OnePlus dalam arena telefon pintar. Bersempena dengan tahun istimewa ini, OnePlus telah menetapkan tarikh pelancaran siri OnePlus 12 pada 23 Januari 2024. Ia lebih awal daripada kebiasaan kerana siri sebelum ini dilancarkan di China dalam bulan Januari dan pelancaran globalnya dalam bulan Februari tahun yang sama.

Lebih manis, OnePlus juga memaklumkan yang mereka juga akan membawa keluar varian OnePlus R yang sebelum ini ekslusif kepada pasaran China dan India masuk ke pasaran global. Jadi, akan ada dua peranti yang dilancarkan iaitu OnePlus 12 dan OnePlus 12R.



Spesifikasi OnePlus 12

OnePlus 12 sudahpun dilancarkan Disember 2023 yang lalu. Ini adalah telefon berkelas flagship yang ditunjangi Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3. Cip ini dipadankan bersama-sama RAM LPDDR5X sehingga 24GB dan storan dalaman UFS4.0 sehingga 1TB.

Di bahagian paparan, OnePlus 12 dilengkapi panel AMOLED sebesar 6.82” dengan resolusi 1,440p. Panel itu mempunyai kadar segar semula dinamik antara 1 hingga 120Hz dengan kecerahan boleh mencapai 4,500nits.



Untuk mengambil gambar, OnePlus 12 ada kamera utama 50MP yang katanya menggunakan sensor Sony baharu iaitu Lytia 808. Kemudian ia juga ada kamera ultralebar 48MP dan satu kamera telefoto 3 kali zum optikal 64MP.

Membekalkan tenaga kepada komponen elektronik OnePlus 12 adalah sistem bateri berkapasiti 5,400mAh dalam konfigurasi dwisel. Bateri ini dicas menggunakan pengecas 100W ataupun boleh dicas secara wayarles dan ia menyokong sehingga 50W.

Harga jualan OnePlus 12 di China adalah seperti berikut:

  • RAM 12GB + Storan 256GB – RMB4,299 (RM2,826)
  • RAM 24GB + 1GB – RMB5,799 (RM3,812)

Di Malaysia, OnePlus 11 sewaktu dilancarkan miliki tanda harga seperti berikut:

  • RAM 8GB + storan 128GB – RM3,299
  • RAM 16GB + storan 256GB – RM3,599

Spesifikasi rasmi OnePlus 12R masih belum ada. Nampaknya kita kena tunggu sehingga 23 Januari 2024 untuk maklumat lanjut.

Tags: OnePlusOnePlus 12oneplus 12r
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OnePlus 12 akan dilancar 23 Januari 2024 bersama satu kejutan lain

OnePlus 12 akan dilancar 23 Januari 2024 bersama satu kejutan lain

16 December 2023
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN