• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple tawar ganti skrin iPhone X secara percuma

  • OLEH Najib
  • 11:18 am
  • 12/11/2018
  • Komen
Apple tawar ganti skrin iPhone X secara percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Servis lepas jualan Apple memang hebat. Ia menjadi salah satu sebab ia memiliki ramai pelanggan setia. Apple selalu membuat pembaikan secara percuma, jika mendapati kerosakan itu berleluasa.

Terbaru, Apple mengumumkan program penggantian skrin iPhone X secara percuma. Menurut Apple, mereka menemui beberapa unit iPhone X yang memiliki masalah skrin dengan keadaan seperti berikut:



  • Skrin tidak memberi respon, atau memberi respon secara tidak tepat apabila disentuh.
  • Skrin memberi respon tanpa disentuh.

Jika iPhone X anda memiliki masalah di atas, Apple akan menggantikan modul skrin tersebut secara percuma. Anda boleh pergi ke mana-mana pusat servis Apple berhampiran untuk membaik pulih iPhone X yang bermasalah.

Pastikan anda membuat salinan semua data di dalam iPhone X anda ke akaun iTunes atau iCloud sebelum dihantar untuk dibaiki. Ini kerana iPhone X anda mungkin akan diformat semasa baik pulih dibuat.



Pastikan juga tiada kerosakan lain di iPhone X anda yang boleh mengganggu proses baik pulih skrin. Jika ada, ia perlu diperbaiki terlebih dahulu dan kos baik pulih akan dikenakan.

Seperkara lagi, jika anda pernah menghantar iPhone X anda untuk dibaiki skrinnya sebelum ni, anda boleh menghubungi Apple untuk meminta kos bayaran baik pulih tersebut dikembalikan.

Apple menambah, program baik pulih skrin ini meliputi tempoh 3 tahun selepas jualan pertama iPhone X.

[Sumber: Apple]

Tags: appleiPhone X
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Apple tawar ganti skrin iPhone X secara percuma

Apple tawar ganti skrin iPhone X secara percuma

12 November 2018
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN