• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink Rewards perkenal cara baru tebus pelbagai ganjaran

  • OLEH Najib
  • 12:53 pm
  • 12/11/2018
  • Komen
Hotlink Rewards perkenal cara baru tebus pelbagai ganjaran
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula hari ini, Hotlink memperkenalkan program Hotlink Rewards serba baru. Pengguna Hotlink perlu mendaftar masuk ke aplikasi Hotlink RED setiap hari untuk mengumpul mata, yang kemudiannya boleh digunakan untuk menebus ganjaran. Tidak lagi mengumpul mata berdasarkan pembelian tambah nilai dan pas internet.

Pengguna juga akan menikmati ganjaran berdasarkan tahap mata mereka. Setiap awal bulan, pengguna akan bermula dengan tahap Silver. Dari situ, setiap hari pengguna perlu mendaftar masuk ke aplikasi Hotlink RED untuk mengumpul mata sehingga mencapai tahap Gold.



Di tahap Gold, mata harian penggunakan akan digandakan. Tambahan lagi, pengguna di tahap Gold berpeluang untuk memenangi hadiah berupa tiket penerbangan percuma di dalam hadiah misteri.

Dengan mengumpulkan mata setiap hari, pengguna boleh menebus pelbagai ganjaran seperti diskaun pembelian dari pelbagai jenama dan penjual, pas internet Hotlink dan banyak lagi.



Tahap untuk mengumpul mata ini agak menyerupai cara yang dibuat oleh Digi menerusi myDigi Rewards. Grab juga mengamalkan cara yang sama, lebih tinggi tahap mata dikumpul lebih baik ganjaran yang diberikan.

Antara jenama dan penjual yang menyediakan ganjaran di Hotlink Rewards ialah seperti McDonalds, Shopee, Tealive, Expedia, Dominos, Watsons, myNEWS.com, Agoda, Marrybrown, Zalora, Traveloka, Kenny Rogers ROASTERS, Klook, Tudung Kini, Easybook, MPH, mySMINK dan Fave.

Untuk maklumat lanjut, semak ruang Rewards di dalam aplikasi Hotlink RED  atau layari laman web www.hotlink.com.my/hotlinkrewards.

Tags: hotlinkHotlink Rewardsmaxis
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Hotlink Rewards perkenal cara baru tebus pelbagai ganjaran

Hotlink Rewards perkenal cara baru tebus pelbagai ganjaran

12 November 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN