• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Panggilan suara & video Telegram kini lebih menarik, ada efek Sentap Thanos

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:19 pm
  • 02/01/2024
  • Komen
Telegram wujudkan ciri Auto-delete, pengguna boleh tetapkan waktu mesej terpadam sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu platform pemesejan popular, Telegram memperkenalkan kemas kini ke-10 untuk tahun 2023 yang memberikan pengalaman baharu untuk panggilan suara dan video serta efek Thanos Snap.

Panggilan yang dinaik taraf

Menerusi kemas kini terbaharu itu, Telegram telah mereka bentuk semula antara muka pengguna (UI) semasa panggilan suara dan video dengan animasi baharu dan rupa keseluruhan yang lebih baik. Malah, dengan UI baharu itu juga menjimatkan hayat bateri dan berfungsi lebih baik pada peranti lama.



Antara muka baharu memerlukan lebih sedikit sumber berbanding sebelum ini, yang bermaksud ia menjimatkan hayat bateri dan berfungsi dengan lebih baik pada peranti lama.

Dengan penyulitan hujung ke hujung, pengguna boleh bercakap, mendayakan kamera atau berkongsikan skrin dengan selamat merentas semua platform.



Telegram juga menjanjikan lebih banyak peningkatan berkaitan panggilan suara dan video melibatkan sambungan dan kualiti audio pada tahun 2024.

Efek Thanos Snap

Sebelum ini, kesan mengewap untuk mesej yang dipadam atau efek ‘Thanos Snap’ hanya diperkenalkan untuk pengguna iOS. Namun kini, ciri animasi tersebut sudah tersedia untuk pengguna Android.

Dalam kemas kini baharu ini, efek snap Thanos yang akan dimainkan setiap kali anda memadamkan sebarang mesej juga adalah cekap tenaga.

Telegram juga memperkenalkan kemas kini kepada Bot Platform. Ia kini boleh bertindak balas terhadap mesej, berfungsi dengan mesej yang dipetik (quotes), menghantar balas dan banyak lagi.

[Sumber: Telegram]

Bacaan berkaitan:

  • Telegram Stories kini tersedia untuk semua pengguna, tapi apa beza dengan pelanggan premium?
  • Akhirnya Telegram lancar fungsi yang telah lama ada di WhatsApp, akibat desakan pengguna
  • Stories di Telegram katanya lebih baik daripada WhatsApp, akan temui anda Julai 2023
Tags: androidiOStelegramThanos Snap
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Telegram wujudkan ciri Auto-delete, pengguna boleh tetapkan waktu mesej terpadam sendiri

Panggilan suara & video Telegram kini lebih menarik, ada efek Sentap Thanos

2 January 2024
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN