• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ujian Geekbench terbaru dedah prestasi Exynos 2400 setaraf Snapdragon 8 Gen 3

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:47 pm
  • 05/01/2024
  • Komen
Samsung Galaxy S23 Ultra: Naik taraf terbanyak di kamera dengan Astrofotografi, Dwi-Piksel PDAF & 200MP
Share on FacebookShare on Twitter

Siri flagship Samsung Galaxy S24 yang bakal diperkenal tidak lama lagi dijangka akan diperkasa cip flagship terbaru dan terhebat Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dan juga Exynos 2400. Ujian penanda aras dua cip tersebut telah pun muncul di Geekbench sebelum ini, dan ia menunjukkan Exynos 2400 agak ketinggalan di belakang cip Qualcomm itu.

Perkara ini tidaklah mengejutkan kerana cip Snapdragon sememangnya sering mengatasi cip Exynos. Namun kini, telah muncul hasil ujian Geekbench lebih baharu dua cip berkenaan, menunjukkan jurang prestasi antara dua cip tersebut semakin hampir.



Untuk hasil penanda aras lama, Galaxy S24+ dengan cip Exynos 2400 peroleh 2,067 mata pada teras tunggal dan 6,520 untuk berbilang teras, berbanding Galaxy S24 Ultra berkuasa Snapdragon 8 Gen 3 yang terima 2,234 mata untuk teras tunggal dan 6,807 markah untuk berbilang teras.

Exynos 2400
Snapdragon 8 Gen 3

Berdasarkan markah baru ini, dapat dilihat prestasi Snapdragon 8 Gen 3 di Galaxy S24 Ultra masih mengatasi Exynos 2400 di Galaxy S24+, tetapi terdapat peningkatan ketara pada kedua-dua markah teras tunggal dan berbilang teras yang diperoleh cip Exynos 2400.



Nampaknya Samsung telah bekerja keras untuk mengoptimumkan cip Exynos mereka kali ini. Bergantung kepada pasaran, dijangka Samsung akan memasangkan cip terbaru Exynos 2400 pada Galaxy S24 dan Galaxy S24+. Sementara itu, cip Snapdragon 8 Gen 3 pula mungkin akan dikhususkan untuk Galaxy S24 Ultra sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Exynos 2400 memiliki gabungan kluster CPU 1+2+3+4, manakala Snapdragon 8 Gen 3 pula ada gabungan kluster 1+3+2+2. Snapdragon 8 Gen 3 ada teras utama lebih pantas pada kelajuan 3.40GHz berbanding 3.21GHz di Exynos 2400, berdasarkan hasil ujian Geekbench yang sama.

Bagaimanapun, tidaklah diketahui tahap kecekapan tenaga bagi kedua-dua cip ini. Tetapi berdasarkan pembahagian kluster, Samsung mempunyai dua lebihan teras jimat tenaga, jadi mungkin prestasi bateri lebih baik di Exynos 2400.

Samsung telah menetapkan tarikh pelancaran siri Galaxy S24 pada 17 Januari 2024, dan ia akan berlangsung di San Jose, California. Untuk maklumat lanjut, nantikan acara Galaxy Unpacked yang berlangsung dalam dua minggu lagi.

[Sumber: Sammobile]

Bacaan berkaitan

  • Galaxy AI dan siri Galaxy S24 akan diperkenal di acara Galaxy Unpacked
  • Render Samsung Galaxy A55 dedah ada tiga warna, rekaan macam Galaxy A54
  • Samsung Galaxy A25 5G guna cip lama Exynos tetapi ada speaker stereo
  • Samsung Galaxy A15 kini dengan skrin Super AMOLED dan kemaskini keselamatan 5 tahun
Tags: Exynos 2400GalaxyGalaxy S24QualcommsamsungSamsung Galaxy S24Snapdragon 8 Gen 3
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Samsung Galaxy S23 Ultra: Naik taraf terbanyak di kamera dengan Astrofotografi, Dwi-Piksel PDAF & 200MP

Ujian Geekbench terbaru dedah prestasi Exynos 2400 setaraf Snapdragon 8 Gen 3

5 January 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER