• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

CES 2024: Android Auto kini dilengkapi pelayar Chrome dan beberapa ciri menarik lain

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:39 am
  • 12/01/2024
  • Komen
240112 Android Auto
Share on FacebookShare on Twitter

Google melalui laman rasmi mereka mengumumkan kemas kini dan aplikasi baharu untuk Android Auto dan kereta dengan Google terbina dalam. 

Kenderaan EV yang serasi dengan Android Auto, bermula dengan Ford Mustang Mach-E dan Ford F-150 Lightning, boleh berkongsi maklumat bateri masa nyata dengan Google Maps.



Fungsi tersebut membolehkan Google Maps memaparkan anggaran tahap bateri semasa tiba di destinasi, mencadangkan perhentian pengecasan sepanjang perjalanan dan menganggarkan tempoh pengecasan yang akan diambil. 

240112 Android Auto

Kereta dengan Google terbina dalam turut mendapat ciri tersebut. Anda boleh berkongsi Google Maps dari telefon pintar iOS atau Android terus ke kereta, sekali gus memudahkan menavigasi dengan lancar.



Semak ramalan cuaca & kekal berhibur

Terdapat juga aplikasi baharu yang memboleh anda menyemak ramalan cuaca di destinasi, sentiasa mendapat maklumat dan berhibur di dalam kereta dengan Google terbina dalam.

240112 Android Auto

Pelayar web Chrome versi beta mula dilancarkan untuk kereta Polestar dan Volvo dan akan tersedia dalam lebih banyak kereta menjelang akhir tahun ini. Aplikasi tersebut membolehkan anda membuat carian, membeli-belah atau mengakses penanda halaman yang disimpan untuk memastikan anda kekal sibuk semasa menunggu di dalam kereta.

Untuk menghiburkan anak-anak di dalam kereta, mereka boleh menonton rancangan PBD KIDS dan Crunchyroll yang tersedia dalam kereta terpilih dengan Google terbina dalam.

Aplikasi The Weather Channel juga kembali tersedia untuk kereta dengan Google terbina dalam yang membolehkan anda mendapat perkembangan terkini tentang keadaan dan ramalan cuaca setiap jam, amaran dan radar ‘Trip View’ terus dari papan pemuka.

Kunci kereta digital

Android Auto serasi dengan hampir setiap jenama kereta utama dan berada dalam lebih 200 juta kereta di jalan raya. 

Senarai pengeluar utama automotif yang akan memasukkan ciri ini akan terus berkembang dengan penyertaan Nissan, Ford dan Lincoln yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini. Manakala bagi Porsche, jenama itu dikatakan akan memasukkan ciri tersebut dalam kereta keluarannya dalam masa akan datang.

Penggunaan fungsi kunci kereta digital juga dijangka akan terus meningkat kepada beberapa jenama kereta dan telefon pintar pada masa hadapan. Dalam masa terdekat ini, ia akan dapat dilihat pada beberapa model terpilih Volvo.

Kunci kereta digital membolehkan anda membuka, mengunci atau menghidupkan kereta terus daripada telefon pintar Android. Melalui fungsi tersebut, anda juga boleh berkongsi kunci dengan keluarga atau rakan tanpa mengira peranti yang digunakan, sama ada iOS atau Android.

[Sumber: Google]

Bacaan berkaitan:

  • CES 2024: Maskot robot Android sudah ada gelaran, bukan lagi ‘Bugdroid’
  • CES 2024: Nearby Share telah tiada, Google & Samsung sepakat bangunkan Quick Share
  • CES 2024: Razer kemas kini Blade 16 dengan panel OLED 16” 240Hz pertama dunia
Tags: android autochromeGoogle
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
240112 Android Auto

CES 2024: Android Auto kini dilengkapi pelayar Chrome dan beberapa ciri menarik lain

12 January 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER