• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Buds 5: Rekaan baharu dengan hayat bateri sehingga 40 jam dan ANC 46dB

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:41 pm
  • 16/01/2024
  • Komen
Redmi Buds 5: Rekaan baharu dengan hayat bateri sehingga 40 jam dan ANC 46dB
Share on FacebookShare on Twitter

Sewaktu melancarkan siri telefon Redmi Note 13, Xiaomi turut memperkenalkan fon telinga wayarles (TWS) terbaharu dalam siri Buds 5. Siri ini datang dalam dua varian iaitu Redmi Buds 5 dan Redmi Buds 5 Pro. Untuk Buds 5 kali ini, ia membawakan rekaan baharu pada bekas pengecas dan fon putik, serta memiliki peningkatan dari segi fungsi ANC dan saiz pemacu lebih besar.

Harga dan promosi Redmi 5 di Malaysia

Fon telinga Redmi Buds 5 boleh didapatkan orang ramai bermula hari ini, 16 Januari 2024. Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Redmi Buds 5: RM199

Sempena pelancarannya, Xiaomi turut menawarkan harga promosi bagi Redmi Buds 5 menjadikannya ia hanya RM149. Promosi akan berakhir pada 2 Februari 2024. Jika berminat, anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

Spesifkasi Redmi Buds 5

Redmi Buds 5 adalah fon putik mampu milik dengan rekaan yang telah diperbaharui menggunakan rekaan bertangkai berbanding berbentuk kacang di Buds 4. Rekaan Buds 5 ini juga kelihatan agak serupa seperti Buds 5 Pro dan tersedia dalam 3 warna yang serupa iaitu hitam, putih dan biru cair.



Audio Redmi Buds 5 ini dikeluarkan dari pemacu titanium sebesar 12.4mm, tetapi tidak dilengkapi tweeter tambahan seperti model pro. Pemacu itu digandingkan dengan ruang bunyi bersendirian untuk meningkatkan frekuensi respons dan kejelasan bunyi yang ia dapat dihasilkan. Terdapat sebanyak 4 preset EQ yang boleh diubah mengikut kesukaan.

Selain itu, fon putik ini juga hadir dengan fungsi ANC setinggi 46dB untuk menghapuskan bunyi luar bersama tiga mod ketelusan iaitu Regular, Enhance voice dan Enhance ambient. Ini dijayakan oleh dua mikrofon yang ia lengkapi yang turut memiliki teknologi pengurangan hingar AI untuk berikan pengalaman panggilan yang sangat jelas.

Jenis sambungan yang digunakan pada Redmi Buds 5 ini merupakan Bluetooth 5.3 dan ia menyokong sambungan dua peranti serentak serta tambatan pantas di telefon Android melalui Google Fast Pair. Hayat bateri fon putik ini juga telah dipertingkat kepada sehingga 10 jam berbanding 6 jam pada Buds 4. Dengan bekas pengecas, ia boleh bertahan lebih panjang sehingga 40 jam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Redmi Buds 5 di sini.

Bacaan berkaitan

  • Redmi Watch 4 Malaysia: Skrin AMOLED diperbesar dengan hayat bateri 20 hari
  • Redmi Note 13 Malaysia: Hampa kerana harga naik, spesifikasi sama
  • Redmi Note 13 5G Malaysia : Sedikit turun taraf demi sambungan generasi baharu
  • Redmi Note 13 Pro 5G Malaysia: Snapdragon 7s Gen 2 dengan naik taraf besar di kamera
Tags: RedmiRedmi Buds 5Redmi Buds 5 Proxiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Redmi Buds 5: Rekaan baharu dengan hayat bateri sehingga 40 jam dan ANC 46dB

Redmi Buds 5: Rekaan baharu dengan hayat bateri sehingga 40 jam dan ANC 46dB

16 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER