• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Satu komponen akan dibuang daripada Apple Watch bagi elak pengharaman jualan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:56 pm
  • 16/01/2024
  • Komen
Apple Watch Series 9 & Watch Ultra 2: Harga jualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dilapor akan melakukan perubahan fizikal pada Apple Watch Series 9 dan Watch Ultra 2 bagi membolehkan kedua-dua produk tersebut terus dijual dalam pasaran Amerika Syarikat. Perkara tersebut berlaku selepas pertikaian harta intelek antara Apple dengan sebuah syarikat teknologi kesihatan, Masimo. Komponen yang akan dibuang adalah sensor oxymeter yang tugasnya adalah menentukan kepekatan oksigen di dalam darah.

Variasi Watch Series 9 dan Ultra 2 tanpa oxymeter katanya sudahpun berada dalam stok di Apple Store Amerika Syarikat dan ia menunggu lampu hijau pengeluar itu sebelum boleh mula dijual.



Buat yang terlepas berita, International Trade Commission A.S mengeluarkan arahan suapaya kedua-dua model yang terlibat diharamkan penjualannya dalam pasaran A.S bermula 26 Disember 2023. Walau bagaimanapun, atas rayuan Apple, Mahkamah rayuan Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan sementara terhadap arahan tersebut dan Apple dibenar terus menjualnya dalam pasaran tempatan.

Sementara itu, mahkamah memberikan pihak ITC sehingga 10 Januari 2024 untuk memberi balasan terhadap perminataan Apple sebelum menentukan sekatan itu akan dilanjutkan ataupun tidak.



Konflik antara Apple dengan Masimo bukannya baru tercetus baru-baru ini, sebaliknya sejak 2013 lagi. Dikhabarkan yang Apple mempunyai hasrat untuk membeli syarikat Masimo, pastinya salah satu objektifnya adalah beroleh teknologi yang akan mereka masukkan dalam Apple Watch kelak.

Namun, atas sebab-sebab tidak diketahui cadangan itu terbantu, sebaliknya dua orang staf Masimo telah berpindah syarikat dan membangunkan teknologi pengesanan oksigen dalam darah mereka sendiri.

Berbalik kepada pemberhentian jualan Apple Watch, arahan ini hanya terpakai dalam pasaran A.S sahaja. Di negara luar termasuklah Malaysia, penjualan adalah berjalan seperti biasa.

Sumber: Bloomberg

Bacaan berkaitan

Apple dibenar jual Apple Watch semula di A.S, tapi secara sementara

2 model Apple Watch diharam penjualannya bermula 26 Disember 2023, ini sebabnya

Tags: appleapple watchapple watch series 9apple watch ultra 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Apple Watch Series 9 & Watch Ultra 2: Harga jualannya di Malaysia

Satu komponen akan dibuang daripada Apple Watch bagi elak pengharaman jualan

16 January 2024
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER