Proton New Energy Technology Sdn Bhd (Pro-Net) selaku pengedar rasmi kenderaan Smart #1 Brabus mengumumkan ia telah berjaya menjual 200 unit kereta elektrik (EV) tersebut sejak dilancarkan pada akhir November 2023.
Syarikat itu meraikan kejayaan pertamanya bulan lepas dengan menyampaikan 100 unit pertama Smart#1 kepada pelanggan dan menerima maklum balas positif mengenai kereta EV tersebut berkaitan reka bentuk, teknologi, ciri ekosistem dan kemudahan penggunaannya.
Promosi Smart #1 & kempen ‘The Lóng Drive’
Bagi mengekalkan momentum kejayaan tersebut dan mencapai sasaran 1,000 jualan setahun, Pro-Net menawarkan promosi menarik sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Bagi setiap pembelian Smart #1 bermula sekarang sehingga 31 Januari, pembeli akan mendapat pengecas dinding SmartCharge bernilai RM3,200 (termasuk 2 tahun waranti) serta pengecasan kredit secara percuma. Pembeli juga akan mendapat kadar faedah serendah 1.15% daripada bank terpilih.
Selain itu, Pro-Net juga menganjurkan kempen ‘The Lóng Drive’ – perkataan dalam bahasa Cina yang bermaksud naga – yang menawarkan hadiah percutian ke Melaka untuk dua orang pemenang ditanggung sepenuhnya, termasuk dapat memandu Smart #1. Hadiah lain termasuk Touch ‘n Go eWallet bernilai RM200 serta sampul angpau merah Smart edisi terhad.
Untuk anda yang ingin mencuba memenangi hadiah tersebut, berikut langkah-langkah yang perlu dilakukan:
- Ikuti dan like akaun Facebook rasmi Pro-Net.
- Like hantaran kempen The Lóng Drive di Facebook.
- Berikan komen kreatif destinasi percutian impian anda di Semenanjung Malaysia pada hantaran dan nyatakan sebab destinasi itu dipilih.
- Tag tiga rakan anda yang ingin bawa bersama ke destinasi percutian impian tersebut.
- Ikuti dan like akaun Instagram rasmi Pro-Net.
- Like hantaran kempen The Lóng Drive di Instagram dan kongsikan di IG Story anda.
- Berikan komen kreatif destinasi percutian impian anda di Semenanjung Malaysia pada hantaran dan nyatakan sebab destinasi itu dipilih
- Tag tiga rakan anda yang ingin bawa bersama ke destinasi percutian impian tersebut.
Kempen tamat pada 31 Januari 2024 dan pemenang akan diumumkan pada 15 Februari 2024.
Kemas kini aplikasi Hello Smart
Pro-Net turut melancarkan kemas kini untuk aplikasi Hello Smartnya. Ia kini membolehkan anda menggunakan kad debit atau kredit untuk membayar pengecasan dan membeli lebih banyak kuota data internet pada harga RM8 untuk 1GB, RM21 untuk 3GB dan RM30 bagi 5GB.
Aplikasi tersebut kekal menyediakan peta pengecasan bersepadu yang memberi akses kepada 70% poin pengecasan seluruh negara – termasuk poin daripada ChargEV dan JomCharge. Anda juga masih boleh membuat tempahan dan permohonan pinjaman untuk Smart #1 menerusi aplikasi.
Anda boleh memuat turun aplikasi ini menerusi Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.