• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink Prepaid tanpa had kini ada kelajuan 5G penuh waktu malam

  • OLEH Najib
  • 1:19 pm
  • 19/01/2024
  • Komen
Hotlink Prepaid tanpa had kini ada kelajuan 5G penuh waktu malam
Share on FacebookShare on Twitter

Kebiasaannya, pelan tanpa had dikenakan sekatan kelajuan, selain polisi penggunaan saksama (FUP) yang melambatkan lagi kelajuan. Kini Hotlink mengumumkan, pelan prabayar tanpa had mereka diberikan kelajuan 5G tanpa sekatan pada waktu malam. Dengan peningkatan ini, pelanggan kini boleh menikmati internet 5G pantas pada kelajuan tanpa had dan lebih banyak data pada mana-mana pelan Hotlink, memastikan pengalaman gaming dan penstriman tanpa gangguan.

Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pengguna Hotlink di Maxis, berkata: “Pelan prabayar dan pascabayar 5G baharu kami menawarkan pengalaman 5G terbaik. Untuk semua peminat gaming dan penstriman, kelajuan 5G kami yang tidak terhad menyediakan pengalaman berkualiti tinggi yang lancar tanpa gangguan. Untuk pempengaruh media sosial dan pelanggan yang memerlukan 5G yang sentiasa aktif, 5G tanpa had kami adalah ideal. Secara keseluruhan, kami berhasrat untuk menyediakan lebih banyak data dan nilai yang lebih baik secara menyeluruh dengan pengalaman 5G terbaik yang dibolehkan secara automatik untuk dinikmati semua orang.”



Pengguna tidak perlu risau tentang caj 5G kerana semua pas Prabayar Hotlink kini disertakan dengan akses 5G. Pas Hotlink Tanpa Had baharu juga diberikan kelajuan 5G tanpa sekatan antara pukul 8 malam sehingga pukul 8 pagi setiap hari. Pengguna juga menikmati internet tanpa had dan akses hotspot setiap hari untuk pengalaman internet tanpa gangguan dan tanpa kebimbangan pada harga yang berpatutan.

Jika mahukan kelajuan tanpa had sepanjang masa, Hotlink menawarkan pas Hotlink Prabayar Pantas baharu, juga telah dinaik taraf dengan lebih banyak data.



Berikut adalah harga pas dan kuota untuk pas Hotlink Prabayar Pantas baharu:

  • Hotlink Pantas RM35 (30 hari): 30GB (4G/5G) + Bonus 30GB (5G)
  • Hotlink Pantas RM25 (30 hari): 20GB (4G/5G) + Bonus 20GB (5G)
  • Hotlink Pantas RM10 (7 hari): 10GB (4G/5G) + Bonus 10GB (5G)

Manakala Pas Hotlink Tanpa Had adalah seperti berikut:

  • Hotlink Tanpa Had RM50 (30-hari): 4G/5G @12Mbps (8am-8pm) + Kelajuan 5G Tanpa Batas (8pm-8am)
  • Hotlink Tanpa Had RM40 (30-hari): 4G/5G @6Mbps (8am-8pm) + Kelajuan 5G Tanpa Batas (8pm-8am)
  • Hotlink Tanpa Had RM12 (7-hari): 4G/5G @6Mbps (8am-8pm) + Kelajuan 5G Tanpa Batas (8pm-8am)

Seperti biasa, ada FUP untuk pelan tanpa had yang menjadikan kelajuan lebih perlahan kepada 512kbps sahaja apabila dicapai. Menurut FAQ Hotlink, bagi pelan 7-hari, FUP adalah 20GB manakala pelan 30-hari, FUP diberikan sebanyak 100GB.

Selain itu, Hotlink menawarkan baucar pulangan tunai 20% kepada golongan belia berumur bawah 24 tahun untuk setiap pembelian pas internet bulanan baharu. Butiran lanjut termasuk terma dan syarat tersedia di aplikasi Hotlink.

Untuk pilihan penuh dan maklumat lanjut tentang pelan Hotlink Prabayar 5G yang dipertingkatkan, layari www.hotlink.com.my.

Bacaan Berkaitan

  • Hotlink perkaya pelan pascabayar dengan lebih banyak data 5G, serta panggilan dan SMS tanpa had
  • Pakej 5G Rahmah: Maxis beri rebat RM10 untuk pelan Hotlink dan perayauan data 3 negara
  • Maxis 5G kini aktif, Hotlink pas bulanan sepantas 12Mbps dan serendah RM45
Tags: hotlinkhotlink Prepaidprabayar Hotlink
Najib

Najib

POPULAR

Hotlink Prepaid tanpa had kini ada kelajuan 5G penuh waktu malam

Hotlink Prepaid tanpa had kini ada kelajuan 5G penuh waktu malam

19 January 2024
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN