• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple habis jual lebih 200,000 Vision Pro dalam fasa pra tempah

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:06 pm
  • 31/01/2024
  • Komen
Apple habis jual lebih 200,000 Vision Pro dalam fasa pra tempah
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah memperkenalkan gogel realiti maya, Apple Vision Pro pada Jun tahun lalu. Ia akan mula dijual di Amerika Syarikat (AS) pada 2 Februari 2024, dengan pra tempahnya telah dibuka seawal 19 Januari. Walaupun masih hanya dalam fasa pra tempah, Apple dilapor telah menjual lebih 200,000 set kepala Vision Pro.

Ini selari dengan apa yang dikatakan oleh penganalisis Apple terkenal, Ming Chi Kuo yang mendakwa Appe telah menjual sekitar 160,000 hingga 180,000 unit Vision Pro dalam beberapa hari pertama pembukaan pra tempah.



Untuk makluman anda, Vision Pro telah habis dijual untuk pilihan penghantaran di rumah ketika tempoh pra tempahnya dibuka, dan kemudian diikuti dengan pilihan pengambilan di kedai pula. Ini mungkin jadi penyebab utama mengapa penjualan semakin perlahan kerana penghantaran akan jadi lebih lambat, membuatkan orang ramai kurang berminat untuk dapatkannya sekarang.

Namun, perkara itu mungkin berubah memandangkan ulasan berkenaan Vision Pro telah mula disiarkan, yang mana mungkin akan mendorong lebih banyak penjualan set kepala Apple itu. Menurut sumber, Apple dijangka akan menghasilkan setengah juta unit Vision Pro.



Selain itu, khabar angin juga mencadangkan Apple menyediakan Vision Pro dalam unit terhad kerana kesukaran untuk menghasilkannya.

Bagaimanapun, angka penjualan Vision Pro ini dilihat memberangsangkan berbanding tanda harganya yang sangat tinggi USD3,500 dan ia boleh dibeli di AS sahaja. Penjualannya lebih meluas masih belum didedahkan oleh Apple.

[Sumber: Macrumors]

Bacaan berkaitan

  • Apple Vision Pro hadapi masalah tanda dagang jika ingin dijual di China
  • Vision Pro: Ini piawaian gogel AR seperti visi Apple, jangan tengok harganya
  • AppleCare+ kini tersedia untuk iPhone, Apple Watch dan AirPods di Malaysia
Tags: appleapple vision proVision Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Apple habis jual lebih 200,000 Vision Pro dalam fasa pra tempah

Apple habis jual lebih 200,000 Vision Pro dalam fasa pra tempah

31 January 2024
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN