Switch mengadakan promosi penggantian bateri dan skrin untuk iPhone pada harga diskaun bermula hari ini sehingga 15 Mac 2024.
Promosi tempoh terhad itu menawarkan pengantikan skrin pada harga RM338 serta penggantian skrin dengan harga bermula RM1,088 untuk siri iPhone 12 dan iPhone 13.
Penggantian bateri dan skrin iPhone
Bagi pengguna iPhone 12, 12 mini, 12 Pro dan 12 Pro Max, kos untuk menggantikan bateri baharu biasanya sekitar RM430. Namun jika menukarnya di Switch, anda hanya perlu membayar RM338 sahaja. Harga tersebut juga terpakai untuk penggantian bateri bagi iPhone 13, 13 mini, 13 Pro dan 13 Pro Max.
Untuk pengguna yang menghadapi masalah skrin retak atau rosak, harga untuk penggantian skrin bagi iPhone 12 mini dan iPhone 13 mini akan dikenakan bayaran RM1,088, manakala penggantian skrin untuk iPhone 12 dan iPhone 13 berharga RM1,288.
Jika anda menggunakan iPhone 12 Pro atau 13 Pro, caj yang akan dikenakan untuk penggantian skrin adalah sebanyak RM1,388.
Untuk varian tertinggi bagi siri iPhone 12 dan 13 iaitu Pro Max, caj yang akan dikenakan untuk penggantian skrin adalah sebanyak RM1,688.
Eksklusif untuk SURE Club
Harga promosi yang ditawarkan Switch itu adalah eksklusif untuk ahli Kelab SURE. Bagi anda yang berminat untuk mendapat harga promosi tersebut, anda boleh mendaftar untuk menjadi ahli secara dalam talian.
Kelab SURE adalah program ganjaran dan kesetiaan Switch. Dengan menjadi ahli, anda boleh mendapatkan produk Apple dengan menggunakan baucar dan mata terkumpul setiap kali berbelanja di cawangan atau kedai dalam talian Urban Republic atau Switch.
Selain mengumpul mata, terdapat beberapa manfaat ekslusif lain untuk ahli Kelab SURE seperti:
- Bonus belian ahli
- Bonus sambutan hari lahir
- Tawaran istimewa
- Notifikasi awal untuk jualan & acara istimewa
Seperkara yang perlu anda ketahui, harga yang disenaraikan di atas adalah terpakai untuk penggantian bateri dan skrin sahaja. Ia tidak termasuk sebarang pembaikan lain yang mungkin diperlukan peranti anda.
Tawaran Switch itu tersedia atas dasar siapa cepat dia dapat dan tertakluk kepada ketersediaan alat ganti. Tempoh penggantian mungkin akan mengambil masa antara 7 hingga 14 hari sekiranya tiada stok.
Sekiranya anda berminat untuk melakukan penggantian bateri atau skrin pada hari yang sama, anda perlu membuat janji temu awal sebelum jam 12 malam. Anda juga disaran membuat sandaran penuh iPhone sebelum menghantarnya untuk diservis.
Untuk mendapat lebih maklumat lanjut, anda boleh merujuk hantaran di Facebook Switch.
[Sumber: Switch]