• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pembeli mula kembalikan Apple Vision Pro, tapi kenapa?

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:37 pm
  • 15/02/2024
  • Komen
240215 Kembalikan Apple Vision Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika awal kemunculan Apple Vision Pro, ia menjadi antara peranti tumpuan. Namun setelah hampir dua minggu sejak pelancarannya, kebanyakan pembeli gogel realiti maya itu mengatakan mereka akan mengembalikan peranti bernilai USD3,500 tersebut.

Berdasarkan polisi Apple, pembeli boleh memulangkan sebarang produk dalam tempoh 14 hari pembelian. Tetapi kenapa keadaan itu terjadi?



Punca utama pemulangan Vision Pro

Masalah keselesaan merupakan keluhan besar pembeli Vision Pro. Beberapa pengguna menyatakan penggunaan gajet futuristik itu menyebabkan sakit kepala dan rasa mual. Isu berat peranti yang membebankan bahagian hadapan muka turut menjadi antara penyebabnya.

Penggunaan gogel realiti maya tersebut juga mengakibatkan beberapa penggunanya mengalami mata kemerahan.



Menurut salah seorang penggunanya, “Walaupun gajet tersebut menawarkan fungsi yang menakjubkan, namun ia tidak selesa untuk dipakai walaupun untuk jangka masa yang singkat kerana berat dan rekaan bentuk tali pengikatnya”

Can’t wait to return the Vision Pro, probably the most mind blowing piece of tech I’ve ever tried.

Can’t deal with these headaches after 10 minutes of use though.

— Rjey (@RjeyTech) February 14, 2024

Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana setiap badan manusia adalah unik dan agak sukar untuk menghasilkan produk yang boleh dipakai secara global. 

Sebagai contohnya jam pintar yang sering menghadapi masalah berkaitan saiz dan berat sarung jam berbanding saiz pergelangan tangan. Bagi cermin mata dan headset pula, keadaan tulang hidung yang rendah boleh menyebabkan produk terjatuh dari muka atau gagal menyekat cahaya.

Namun masalah ketidakselesaan itu bukanlah satu-satunya isu yang menyebabkan pemulangan Vision Pro. Aduan lain berkaitan gogel realiti maya tersebut adalah ia tidak menawarkan produktiviti yang mencukupi berbanding dengan harganya.

Melalui satu hantaran di Treads, melihat skrin Figma bukan sahaja menimbulkan rasa pening, tetapi peranti tersebut juga tidak sesuai untuk melakukan kerja. Seorang pengguna Reddit pula menyatakan, “Saya tidak mempunyai sebab untuk menyimpannya jika saya tidak menggunakannya untuk produktiviti, tidak menyukainya untuk hiburan, dan tidak cukup permainan untuk dimainkan”.

Two hours after unboxing my Apple Vision Pro and using it, I decided to box it back up again and return it. It's quite cool, but there's nothing in it for me that I'll use frequently enough to warrant my keeping it.

— Alexander Torrenegra (@torrenegra) February 13, 2024

Setakat ini sukar untuk ditentukan masa dekat gogel realistik maya keluaran Apple itu. Namun kebanyakan pembeli yang mengembalikan peranti tersebut turut menyatakan bahawa mereka bersedia untuk mencuba Vision Pro generasi kedua.

Di sebalik keterujaan dengan kemajuan teknologi yang dihasilkan Apple, nampaknya masih ada cabaran yang perlu ditangani dalam memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna dalam setiap produk yang dikeluarkan.

Ada ke yang berminat nak beli Vision Pro ni? Kalau ikut harga luar USD3,500, hampir RM17,000 jugalah kalau masuk pasaran Malaysia, keras sungguh harganya.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai gogel realistik maya keluaran Apple, boleh tonton video di bawah:

[Sumber: The Verge]

Bacaan berkaitan:

  • Apple Vision Pro hadapi masalah tanda dagang jika ingin dijual di China
  • Apple habis jual lebih 200,000 Vision Pro dalam fasa pra tempah
  • Vision Pro: Ini piawaian gogel AR seperti visi Apple, jangan tengok harganya
Tags: appleapple vision proVision Pro
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240215 Kembalikan Apple Vision Pro

Pembeli mula kembalikan Apple Vision Pro, tapi kenapa?

15 February 2024
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN