• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna siri RTX 30 boleh pasang ciri seakan ChatGPT dalam komputer masing-masing

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:30 pm
  • 15/02/2024
  • Komen
Pengguna siri RTX 30 boleh pasang ciri seakan ChatGPT dalam komputer masing-masing
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna dengan kad grafik siri Nvidia GeForce RTX 30 ada satu permainan baharu boleh dicuba. Mereka ada peluang untuk jalankan chatbot seperti ChatGPT terus daripada komputer mereka. Ciri ini dinamakan “Chat with RTX” dan ia mengintegrasikan tiga teknologi dalam satu iaitu retrieval-augmented generation (RAG), NVIDIA TensorRT-LLM, dan Nvidia RTX acceleration.

Apabila berjaya dipasang, pengguna boleh menyesuaikan chatbot mengikut keperluan mereka. Malahan ia boleh mengakses dokumen yang terdapat di dalam komputer anda untuk dijadikan sumber pembelajarannya. Apabila pembelajaran sudah lengkap, pengguna boleh lakukan carian secara langsung maklumat yang terkandung dalam dokumen tanpa perlu dokumen dibuka.



Selain membaca dokumen tempatan, chatbot juga boleh mengakses maklumat di Internet. Misalnya, ia boleh memahami kandungan video di YouTube dan memberikan maklumat yang releven berkaitannya.

Salah satu kelebihan Chat with RTX adalah ia berjalan di komputer sendiri tanpa perlu menghantar data ke awan untuk diproses. Selain siri Nvidia GeForce RTX, antara spesifikasi lain yang disarankan pada sesebuah komputer untuk menjalankan chatbot ini adalah VRAM sebanyak 8GB. Walau bagaimanapun, tidaklah diketahui berapa besarkan ruang storan yang diperlukan.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi produk.

Sebenarnya, ada banyak lagi kegunaan kad GPU Nvidia selain bermain. Misalnya, Nvidia Broadcast menggunakan kekuasaan AI untuk membuatkan hos dihadapan kamera seperti sedang memandang terus ke dalam lensa walaupun mata sebenarnya sedang memandang ke arah lain. Ciri yang dinamakan Eye Contact itu diperkenalkan dalam bulan Januari 2023 dulu.

Bacaan berkaitan

Ciri baharu pada Nvidia Broadcast 1.4 pastikan mata anda sentiasa pandang ke arah kamera

Versi beta NVIDIA RTX Remix kini tersedia, boleh tingkatkan grafik pada permainan klasik

Berapa banyak keuntungan Nvidia disebabkan fenomena kriptowang?

Tags: chat with rtxChatgptGPUNvidianvidia geforce rtx 30rtx 30
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pengguna siri RTX 30 boleh pasang ciri seakan ChatGPT dalam komputer masing-masing

Pengguna siri RTX 30 boleh pasang ciri seakan ChatGPT dalam komputer masing-masing

15 February 2024
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN