• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Siri monitor baharu Acer SA2 31.5″, sesuai untuk pejabat & rumah

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 7:41 pm
  • 22/02/2024
  • Komen
240222 Acer Lancar Monitor
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia memperkenalkan rangkaian monitor baharunya yang dreka khas bagi memenuhi keperluan penggunaan harian, gaming dan profesional yang sentiasa bergerak.

Dalam rangkaian ini dilancarkan monitor mudah alih serbaguna, Acer PM161Q B serta monitor siri SA2 dan Nitro VG2, yang direka khas untuk meningkatkan produktiviti dan pengalaman bermain dengan paparan visual terbaik.



Siri Acer SA2, monitor kegunaan harian

240222 Acer Lancar Monitor

Monitor siri Acer SA2 yang nipis menampilkan reka bentuk ZeroFrame, sesuai digunakan untuk persekitaran rumah atau pejabat. Ia menawarkan skrin besar dengan resolusi sehingga 4K, yang dapat memberikan visual lebih jelas. 

Turut dilengkapi dengan Acer VisionCare yang dapat mengurangkan keletihan mata dan meningkatkan keselesaan visual secara menyeluruh. Kaki monitor (tiltable stand) juga boleh dicondongkan bagi membolehkan penyelarasan yang sesuai dengan mata.



Siri Acer SA2 termasuk:

  • SA322QK, menampilkan panel VA 4K 31.5-inci dengan kadar segar 60Hz. Sambungan port fizikal untuk monitor ini adalah untuk dua port HDMI 2.0 dan satu DisplayPort 1.2.
  • SA322QU A dan SA272U E, masing-masing dilengkapi dengan panel IPS 31.5-inci dan 27-inci beresolusi WQHD dengan kadar segar semula sehingga 75Hz dan 100Hz. Sambungan port fizikal untuk monitor ini adalah dua port HDMI 2.0 dan satu DisplayPort.
  • SA322Q A datang dengan panel IPS 31.5-inci yang beresolusi FHD dengan kadar segar semula sehingga 75Hz. Sambungan port fizikal untuk monitor ini adalah port untuk VGA + HDMI.

Anda boleh mendapatkan monitor siri Acer SA2 dengan harga bermula RM629 melalui Acer eStore, kedai rasmi Acer di Lazada dan Shopee serta pengedar rasmi Acer seluruh negara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi talian informasi Produk Acer di 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau emel ke [email protected].

Bacaan berkaitan:

  • Monitor gaming baharu Acer Nitro VG2, harga bermula RM1,129
  • Acer perkenalkan siri monitor baharu, serendah RM459 & mudah alih
  • Acer Swift Go 14 dengan Intel Core Ultra 7 ditawar pada harga bermula RM3,599
  • Acer lancar monitor baharu untuk gaming dan kerja dengan fungsi sentuh dan melengkung 34-inci
Tags: AcerAcer MalaysiaAcer Nitro VG2Acer PM161Q BAcer SA2monitor acermonitor mudah alih
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240222 Acer Lancar Monitor

Siri monitor baharu Acer SA2 31.5″, sesuai untuk pejabat & rumah

22 February 2024
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN