• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PLUS Mulakan Ujian Beta Pembayaran Tol Guna RFID

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:40 pm
  • 19/11/2018
  • Komen
PLUS Mulakan Ujian Beta Pembayaran Tol Guna RFID
Share on FacebookShare on Twitter

RFID lagi?! Ya, anda jangan terkeliru kerana sebelum ini, perkhidmatan RFID yang kami pernah laporkan adalah daripada Touch ‘n Go Digital. Tapi tak lama lagi kita akan terima satu lagi penyelesaian pembayaran tol RFID dan kali ini ia adalah produk PLUS sendiri.

PLUS RFID kini berada dalam fasa percubaan dan menerima pendaftaran daripada anda untuk menjadi salah seorang pelopor teknologi ini. Walau bagaimanapun, tidaklah diketahui bagaimanakah rupa pelekat RFID dan bagaimana implementasi sistem ini kelak.



Satu kunci perbezaan PLUS RFID dengan Touch ‘n Go Digital RFID adalah pada sumber dana yang diambil untuk melakukan pembayaran. Untuk Touch ‘n Go, anda perlu mendaftar e-Wallet dan menambah nilai kedalamnya sebelum boleh melalui plaza tol bukan?

Tapi pada PLUS RFID, kad debit/kredit anda ditambat pada akaun RFID itu dan tiada tambah nilai diperlukan jika anda menggunakan kad kredit. Walaupun tak cukup baki dalam kad debit, anda masih boleh melalui plaza tol dengan syarat anda perlu melunaskan hutang itu sebelum memasuki plaza tol yang seterusnya.



Empat lokasi tol akan menjalankan program percubaan RFID ini dan mereka ialah:

  • Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
  • Plaza Tol Kubang Semang (BKE)
  • Plaza Tol Lunas
  • Plaza Tol Jitra

Apa pendapat anda tentang PLUS RFID? Adakah ini kaedah pembayaran lebih baik berbanding Touch ‘n Go RFID?

Jangan lengah lagi, daftar minat anda untuk jadi pemandu uji hari ini.

Tags: plusplus milesplus rfid
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

PLUS Mulakan Ujian Beta Pembayaran Tol Guna RFID

PLUS Mulakan Ujian Beta Pembayaran Tol Guna RFID

19 November 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN