• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CEO TM yang baru mungkin seorang wanita

  • OLEH Najib
  • 3:58 pm
  • 21/11/2018
  • Komen
TM ada pengumuman nak beritahu esok, apakah dia?
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia kehilangan ketuanya selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) terakhir mereka, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly meletak jawatan pada bulan Jun lepas. Tugas ini dipangku sementara oleh Datuk Bazlan, yang turut meletak jawatan minggu lepas.

Bagaimanapun, teka-teki kerusi CEO TM dikatakan akan terjawab tidak lama lagi apabila ada khabar angin yang kuat mengatakan, jawatan CEO TM akan diisi tidak lama lagi. Calonnya ialah seorang wanita, Datuk Rohana Rozhan.



Datuk Rohana adalah CEO Astro, tetapi beliau telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai CEO pada bulan Jun lepas, yang berkuatkuasa pada 31 Januari 2019. Tempat beliau sebagai CEO Astro akan digantikan oleh Henry Tan.

Tetapi perkara berkenaan penyandang baru CEO TM masih belum muktamad. Selain Datuk Rohana, dikatakan terdapat empat lagi calon yang berminat dengan jawatan ini. Salah seorang darinya ialah Dr Farid Mohamed Sani.



Dr Farid ialah watak yang tidak asing di TM kerana beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Strategi TM, yang dilantik pada 1 Januari 2012. Sebelum menyertai TM, beliau bersama Khazanah Nasional Bhd memegang jawatan Pengarah Pelaburan, khusus dalam sektor telekomunikasi.

TM kini berada di dalam tempoh sangat mencabar, berikutan persaingan yang semakin meningkat dalam pasaran jalur lebar tetap dan telekomunikasi, serta penurunan harga mandatori. Saham TM di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pula telah jatuh ke tahap terendah, di bawah RM2.20 sesaham pada bulan lepas.

Selepas Datuk Bazlan meletak jawatan pemangku CEO TM, tempat ini sekali lagi dipangku oleh Imri Mokhtar yang turut dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) TM. Imri sebelum ini bertugas sebagai Naib Presiden unifi, yang bertanggunjawab memacu servis unifi untuk pengguna serta industri kecil dan sederhana (IKS) meliputi telefon, jalur lebar, mudah alih, TV, wifi dan servis nilai tambah.

Datuk Bazlan (kiri) dan Imri Mokhtar (kanan)

Dalam situasi yang getir ini, TM memerlukan penggerak yang boleh memacu semula syarikat sebagai peneraju bidang telekomunikasi di Malaysia. Selain itu, TM juga perlu mendapatkan kerjasama dari kerajaan untuk mengembangkan jalur lebar tetap di Malaysia, serta mendapatkan kepercayaan dari rakyat yang menjadi pelanggan terbesar mereka.

[Sumber: Berita Harian]

Tags: CEO TMTM
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
TM ada pengumuman nak beritahu esok, apakah dia?

CEO TM yang baru mungkin seorang wanita

21 November 2018
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER