• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Watch S3 Malaysia: Hayat bateri 15-hari, harga dari RM549

  • OLEH Najib
  • 4:20 pm
  • 07/03/2024
  • Komen
Xiaomi Watch S3 Malaysia: Hayat bateri 15-hari, harga dari RM549
Share on FacebookShare on Twitter

Peranti boleh pakai Xiaomi sudah sekian lama menjadi pilihan ramai pengguna untuk memantau kecergasan dan kesihatan. Kini Xiaomi Malaysia membawakan tiga jam pintar baru untuk pasaran tempatan iaitu Xiaomi Smart Band 8 Pro, Xiaomi Watch 2 dan Xiaomi Watch S3.

Ketiga-tiga jam ini telah dilancarkan di peringkat antarabangsa di MWC 2024 di Barcelona, bersama-sama telefon pintar Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra.



Harga dan Promosi Xiaomi Watch S3

Jam pintar Xiaomi Watch S3 akan dijual di Malaysia mulai 8 Mac 2024, di kedai Xiaomi Store di Malaysia, serta atas talian di Lazada dan Shopee. Harga jualan rasminya di Malaysia adalah RM699.

Tetapi ada promosi eksklusif untuk pembeli awal. Dari sekarang sehingga 21 Mac 2024, terdapat diskaun sebanyak RM150 untuk Xiaomi Watch S3. Ini menjadikan harganya cuma RM549 sahaja.



Spesifikasi Xiaomi Watch S3

Jam pintar Xiaomi Watch S3 memiliki banyak kelebihan berbanding Band 8 Pro. Ia sebuah jam tangan yang lebih kasual, tapi sarat dengan ciri-ciri canggih.

Dari rupa luar, Watch S3 tampil dengan rekaan jam bermuka bulat serta panel paparan berukuran 1.43-inci jenis AMOLED. Lapisan luar Corning Gorilla Glass memberikan perlindungan kepada panel tersebut.

Satu ciri unik Watch S3 yang tiada pada model terdahulu adalah bahagian bezel jam tangan ini boleh ditanggalkan. Menariknya, tidak seperti Smart Band 8 Pro, sistem operasi yang dijalankan Watch S3 adalah Xiaomi HyperOS. Namun begitu, tidaklah diketahui sama ada ia berasaskan Android ataupun tidak.

Bila digunakan sebagai jam tangan kecergasan, ia boleh menjejak lebih daripada 150 jenis sukan berbekalkan barisan sensor yang ada seperti akselerometer, barometer, oxymeter, kompas dan GNSS. Semua data disalurkan kepada telefon menggunakan sambungan Bluetooth 5.2.

Selesai bersukan, ia boleh bertindak seperti jam tangan pintar biasa. Anda boleh terima mesej masuk malahan menerusi speaker dan mikrofon yang ada padanya, anda boleh jawab panggilan telefon terus di pergelangan tangan.

Bateri yang dibawa Watch S3 memiliki kapasiti 486mAh dan ia boleh bekalkan tenaga selama sehingga 15 hari mengikut cara guna. Sekiranya fungsi Always-on-Display diguna, hayat bateri jadi 5 hari sahaja.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Xiaomi Watch S3.

Bacaan Berkaitan

  • [MWC 2024] Xiaomi Watch S3: Gaya dan praktikaliti dalam satu pakej
  • Xiaomi 14 Malaysia: telefon flagship kompak gempak, ada percuma jam pintar
  • Xiaomi 14 Ultra Malaysia: Kamera Leica super hebat, pesaing Galaxy S24 Ultra
  • Xiaomi Smart Band 8 Pro kini tersedia di Malaysia, ada GPS pada harga RM339
Tags: Jam Pintarxiaomixiaomi watch s3
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Xiaomi Watch S3 Malaysia: Hayat bateri 15-hari, harga dari RM549

Xiaomi Watch S3 Malaysia: Hayat bateri 15-hari, harga dari RM549

7 March 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER