• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jerman haramkan Jam Pintar kanak-kanak kerana isu keselamatan

  • OLEH Najib
  • 1:28 pm
  • 20/11/2017
  • Komen
Jerman haramkan Jam Pintar kanak-kanak kerana isu keselamatan
Share on FacebookShare on Twitter

Jerman yang terkenal dengan teknologi kejuruteraannya, mengumumkan pengharaman jam pintar kanak-kanak dari digunakan di dalam negara. Malah, Agensi Rangkaian Persekutuan (Federal Network Agency atau FNA) mengarahkan ibubapa menghapuskannya dengan segera.

Ini kerana ia dilihat menceroboh ruang peribadi. Melalui aplikasi, ibubapa boleh memantau lokasi dan keadaan persekitaran anak meraka. Tetapi ia juga membolehkan mereka mendengar perbualan anak-anak tanpa disedari. Lebih teruk lagi, ia digunakan untuk mendengar pengajaran guru-guru di dalam kelas.



Perkara ini berlaku kerana kurangnya peraturan berkaitan peranti ‘internet-of-thing‘ atau IoT. Lohong yang terdapat dalam peraturan ini membuatkan pencipta peranti seperti jam pintar kanak-kanak, menghasilkan peranti yang tidak selamat.

Salah satu contoh ditemui oleh Majlis Pengguna Norway (Norwegian Consumer Council atau NCC) terhadap beberapa jam pintar seperti Gator dan GPS for kids. Peranti ini mempunyai banyak kelemahan termasuk menghantar data tanpa enkripsi.



Bermakna, sesiapa yang tahu asas menggodamnya boleh menggunakan untuk mengesan lokasi kanak-kanak atau menjadikan kanak-kanak tersebut berada di lokasi berlainan. Gator dan GPS for kids memaklumkan ia telah memperbaiki masalah keselamatan ini.

Di Malaysia, jam pintar kanak-kanak juga banyak dijual. Antara model yang boleh didapati di Malaysia adalah seperti Tencent QQ Watch. Malah ia pernah ditawarkan oleh Maxis.

Tetapi telco lebih banyak menggunakan servis berasaskan aplikasi untuk memantau anak-anak. Bermakna, ia memerlukan telefon pintar yang boleh didapati dengan harga lebih murah, atau lebih mahal.

Pengharaman oleh Jerman ini dilihat langkah pertama memperketatkan undang-undang berkaitan peranti IoT. Dengan ini, diharapkan penghasil IoT akan memperketatkan juga keselamatan dalam perkakas IoT mereka.

Jika telefon pintar dilarang di bawa ke sekolah, adakah jam pintar juga perlu dilarang dari digunakan pelajar di sekolah? Apa pendapat anda?

[Sumber: BBC]

Tags: Jam PintarSmartwatch
Najib

Najib

POPULAR

Jerman haramkan Jam Pintar kanak-kanak kerana isu keselamatan

Jerman haramkan Jam Pintar kanak-kanak kerana isu keselamatan

20 November 2017
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN