• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 12 5G Malaysia: Storan 512GB termurah dengan cip Dimensity 6100+

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:50 pm
  • 25/03/2024
  • Komen
Realme 12 5G Malaysia: Storan 512GB termurah dengan cip Dimensity 6100+
Share on FacebookShare on Twitter

Realme hari ini telah memperkenalkan tambahan terbaru dalam siri Realme 12, iaitu Realme 12 5G untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan model paling rendah dalam keluarganya, tetapi hadir dengan storan besar 512GB bawah RM1,500 serta menampilkan fungsi “Dynamic Button” seakan “Action Button” di iPhone 15 Pro.

Harga dan ketersediaan Realme 12 5G di Malaysia

Orang ramai yang berminat boleh mula dapatkan Realme 12 5G sekarang di kedai jenama Realme di seluruh Malaysia serta stor rasmi Realme di Lazada, Shopee dan juga TikTok. Realme menawarkan dua varian untuk Realme 12 5G dan harga rasminya di Malaysia dijual pada harga berikut:



  • Realme 12 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099
  • Realme 12 5G (RAM 8GB + Storan 512GB) – RM1,299

Realme juga menyediakan promosi kepada pembeli awal. Dari 26 Mac hingga 30 Mac 2024, pembelian Realme 12 5G akan disertakan dengan hadiah bernilai RM399 berupa fon putik wayarles dan jaminan waranti tambahan setahun. Lebih menarik, Realme turut menawarkan jaminan penggantian 1-ke-1 selama 30 hari kepada mereka yang membeli dalam tempoh promosi.

Spesifikasi Realme 12 5G

Realme 12 5G merupakan telefon sebesar 6.72-inci dengan paparan LCD beresolusi FHD+ dan kadar penyegaran adaptif 6 tahap sehingga 120Hz. Kecerahan skrin ini boleh mencapai 950 nits. Pengimbas cap jari ada di dalam butang kuasa di sisi.



Ia hadir dengan rekaan yang diinspirasikan daripada jam tangan mewah, seperti model-model lain dalam siri Realme 12. Di belakang, ia ada garisan bertekstur di tengah yang turun ke bawah telefon, dengan bingkai di sisi menggunakan bahan PVD (Physical vapor depositin) digilap. Tebal telefon ini juga nipis berukuran pada 7.69mm.

Satu perkara menarik pada Realme 12 5G terbaru ini adalah butang kuasanya lengkap dengan ciri “Dynamic Power Button”. Selain berfungsi untuk menghidupkan telefon, butang kuasa di Realme 12 mampu melancarkan pelbagai arahan pantas atau aplikasi. Ini menyerupai apa yang ditawarkan fungsi “Action Button” di iPhone 15 Pro.

Atas papan utama, Realme 12 5G dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6100+ 6nm yang digabungkan bersama RAM LPDDR4X 8GB dan storan sehingga 512GB. Storan yang dimiliki ini malah lebih besar berbanding Realme 12+. Sistem operasi yang digunakan Realme 12 adalah Realme UI 5.0, berasaskan Android 14.

Sistem pengimejannya dipacu dua kamera iaitu kamera utama 108MP F1.75 dan kamera potret 2MP F2.4. Tiada kamera ultralebar di telefon ini. Tetapi kamera utama 108MP dilengkapi fungsi zum dalam sensor, mampu zum lossless sehingga 3x. Lubang di atas skrin memuatkan kamera hadapan 8MP F2.0.

Tenaga telefon disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh di dalamnya dan ia menyokong pengecasan pantas 45W melalui USB-C. Pengecas 45W dan kabel bersesuaian ada disertakan di dalam kotak. Realme 12 memiliki sistem bunyi stereo menerusi dua speaker di bawah dan atas telefon. Jek audio 3.5mm juga masih ada.

Lagi ciri lain yang anda boleh temui pada Realme 12 termasuk kalis percikan air dan debu IP54, sokongan 5G, WiFi 5, Bluetooth 5.2 dan NFC. Terdapat dua pilihan warna tersedia untuk Realme 12, iaitu ungu dan hijau.

Untuk maklumat lanjut mengenai telefon baru ini, layari laman web Realme 12 5G.

Bacaan berkaitan

  • Realme 12 akan datang dengan storan 512GB, harga bawah RM1500
  • Realme 12+ pamer rekaan jam mewah mampu milik, penggantian terus dalam 30-hari
  • Realme 12 Pro+ tiba di Malaysia, kamera periskop dengan zum 120x termurah di pasaran
  • Realme 12 Pro dilancar, dikuasakan Snapdragon 6 Gen 1 dengan kamera potret telefoto
Tags: Realmerealme 12Realme 12 5GRealme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme 12 5G Malaysia: Storan 512GB termurah dengan cip Dimensity 6100+

Realme 12 5G Malaysia: Storan 512GB termurah dengan cip Dimensity 6100+

25 March 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN