• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selepas permainan, akan ada pula video pendek ala TikTok di LinkedIn

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:53 pm
  • 29/03/2024
  • Komen
240329 LinkedIn Video
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih kurang dua minggu lepas, LinkedIn merancang untuk menambah permainan di dalam platformnya. Kini platform milik Microsoft itu, dikatakan sedang bereksperimen pula dengan video pendek seakan TikTok.

Dengan ujian baharu ini, LinkedIn akan menyertai pelbagai aplikasi popular lain yang telah mewujudkan suapan video pendek berikutan peningkatan populariti TikTok, termasuklah Instagram dan YouTube. Cuma bezanya suapan video yang akan ada di LinkedIn ini berbanding dengan platform sosial lain adalah ia akan lebih memfokuskan kepada kerjaya dan profesionalisme.



Suapan video pendek di LinkedIn

Suapan video di TikTok dikongsikan salah seorang pengguna LinkedIn, Austin Null. Null turut membuat hantaran demo ringkas di LinkedIn yang menunjukkan suapan baharu dalam bar navigasi aplikasi menerusi tab ‘Video’.

240329 LinkedIn Video

Jika sebelum ini, anda disajikan dengan video mendatar di suapan Home, tapi dengan cara baru nanti akan dipaparkan suapan video menegak tanpa had yang boleh anda leretkan ke atas dan ke bawah sebaik sahaja anda klik butang Video. Sama macam menonton di TikTok.



Anda juga boleh ‘like’, tinggalkan ulasan atau berkongsikannya dengan orang lain. Buat masa ini, ciri suapan video masih lagi dalam peringkat ujian awal. Jadi kebanyakan orang masih belum dapat mengaksesnya. 

Dengan adanya ciri suapan video yang mungkin dapat menggalakkan orang ramai berkongsi tips dan panduan berkaitan kerjaya, ia mungkin secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah pengguna di LinkedIn.

[Sumber: TechCrunch]

Bacaan berkaitan:

  • Strategi baru LinkedIn, main permainan sambil cari kerja
  • Microsoft henti sokongan Windows Subsystem for Android (WSA), anda terkesan?
  • Microsoft guna AI untuk saring 32 juta calon pengganti lithium sebagai elektrolit bateri
Tags: linkedinMicrosoftvideo pendek
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
240329 LinkedIn Video

Selepas permainan, akan ada pula video pendek ala TikTok di LinkedIn

29 March 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER