• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Guna ChatGPT tanpa akaun OpenAI, tapi ada kekurangannya

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 9:52 am
  • 02/04/2024
  • Komen
240402 OpenAI ChatGPT Akaun
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak dilancarkan pada penghujung tahun 2022, anda perlu mempunyai akaun OpenAI untuk menggunakan ChatGPT. Namun sekarang terdapat perubahan, di mana ia kini boleh digunakan dengan serta-merta tanpa perlu mendaftar akaun.

Bermula 1 April, OpenAI telah menghapuskan keperluan untuk pengguna mendaftar atau log masuk untuk menggunakan ChatGPT. Kemas kini sedang disebarkan secara berperingkat. Ini bermakna apabila anda mengunjungi laman web ChatGPT, https://chat.openai.com/, anda boleh terus gunakannya.



We’re rolling out the ability to start using ChatGPT instantly, without needing to sign-up, so it's even easier to experience the potential of AI. https://t.co/juhjKfQaoD pic.twitter.com/TIVoX8KFDB

— OpenAI (@OpenAI) April 1, 2024

Kekangan guna ChatGPT tanpa akaun

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan apabila menggunakan ChatGPT tanpa akaun. Anda tidak dapat menyimpan dan menyemak sejarah perbualan anda, berkongsi perbualan, menggunakan perbualan suara atau mencuba arahan khusus.

Ada lagi satu perkara perlu anda tahu jika anda gunakan ChatGPT tanpa akaun. Secara lalai, ChatGPT akan menggunakan pertanyaan yang diberikan untuk menambah baik modelnya. Tetapi anda boleh mematikan penjejakan tersebut dengan cara berikut:



  1. Klik ikon ? pada bahagian bawah sebelah kanan 
  2. Pilih menu Tetapan
  3. Matikan togol yang menyatakan “improve the model for everyone”
240402 OpenAI ChatGPT Akaun
240402 OpenAI ChatGPT Akaun

Selain itu, OpenAI juga memperkenalkan ‘perlindungan kandungan tambahan untuk pengalaman ini’, termasuk menyekat arahan dalam pelbagai kategori. Tetapi tiada penjelasan lebih lanjut tentang kategori tersebut.

ChatGPT ini walaupun memerlukan akaun, ia tetap percuma sepenuhnya. Malah kalau anda ingin menyimpan sejarah perbualan atau nak akses pada bila-bila masa melalui laman web ChatGPT atau aplikasi yang boleh dimuat turut di Apple App Store atau Google Play Store, ada baiknya daftar akaun.

Jadi kalau ikutkan, tak susah pun untuk daftar akaun, cuma masukkan alamat emel dan kata laluan atau boleh guna terus akaun Google atau Microsoft.

[Sumber: OpenAI]

Bacaan berkaitan:

  • Voice Engine Open AI mampu klon suara berdasarkan sampel 15 saat sahaja
  • Apple pertimbang integrasikan Google Gemini dan OpenAI dalam iOS 18
  • Respons ChatGPT kini boleh anda dengari di Android dan iOS
Tags: akaun openAIChatgptopenai
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240402 OpenAI ChatGPT Akaun

Guna ChatGPT tanpa akaun OpenAI, tapi ada kekurangannya

2 April 2024
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN