• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone (2) murah RM700 dalam tempoh terhad

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:14 pm
  • 02/04/2024
  • Komen
Power dan tak mahal sangat, Ini 5 telefon terbaik bawah RM3,000 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa produk Nothing kini dijual pada harga lebih rendah daripada biasa sehingga 14 April 2024. Antara yang menerima potongan harga adalah Phone (2), Ear (2) dan CMF Watch Pro. Berikut adalah senarai harga promosi:

  • Phone (2) RAM 12GB + Storan 512GB – RM3,499 RM2,799
  • Ear (2) – RM499 RM399
  • CMF Watch Pro – RM399 RM299

Pada harga sebegitu, harga Phone (2) versi 512GB menjadi lebih murah berbanding harga pelancaran versi 256GB RM2,899. Namun tinjauan ke gedung dalam talian Nothing menunjukkan yang varian yang lebih murah tidak lagi ditawarkan.



Sekiranya anda berminat untuk dapatkan Nothing Phone (2) pada harga promo, anda boleh layari gedung dalam talian Lazada ataupun Shopee.

Spesifikasi Nothing Phone (2)

Nothing menaik taraf Phone (2) kepada kelas flagship dengan menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Ia dipadankan bersama RAM LPDDR5 sebanyak 12GB serta storan dalaman UFS 3.1 antara 256GB dan 512GB. Kad mikroSD tidak diterima.



Skrin kini lebih besar, 6.7-inci HD penuh jenis Flexible OLED LTPO dengan kadar penyegaran serendah 1Hz sampai 120Hz. Kecerahan pula sehingga 1,600nits. Bahagian depan dan belakang telefon dipasang kaca Corning Gorilla Glass, lebih tahan calar.

Kamera hadapan diubah ke tengah, dipertingkat menggunakan sensor Sony IMX615 32MP. Di belakang masih ada dua kamera, iaitu kamera utama dengan sensor Sony IMX890 50MP bersama OIS dan EIS. Kamera kedua ultralebar pula 50MP sensor Samsung JN1. Tiada kamera telefoto untuk zum optikal.

Baterinya 4,700mAh tetapi sokongan pengecasan pantas lebih tinggi iaitu 45W. Ia boleh mengcas penuh tidak sampai sejam, tapi kepala pengecas dijual berasingan. Tidak diberikan di dalam kotak. Pengecasan wayarles masih sama iaitu 15W.

Nothing Phone (2) datang siap dengan sistem operasi Nothing OS 2.0, berasaskan Android 13. Kali ini, Nothing menjanjikan 3 tahun untuk kemaskini OS dan 4 tahun bagi keselamatan yang dikeluarkan setiap 2 bulan. Pilihan warna ada dua, iaitu putih dan kelabu, bukan lagi hitam.

Perkara terpenting pada telefon ini adalah lampu LED Glyph di belakang. Ini yang buat Nothing berbeza dan jauh lagi bagus dari telefon lain. Kedudukan Glyph nampak sama dengan Phone (1), tapi kali ini dipecahkan kepada lebih banyak bahagian. Setiap bahagian boleh digunakan untuk fungsi berlainan, jadi lebih banyak fungsi Glyph boleh digunakan.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut, dengan melayari laman produk Nothing Phone (2).

Bacaan berkaitan

Nothing Phone (2a) diumum berharga bawah RM2,000, penuhi keperluan telefon kelas pertengahan

Power dan tak mahal sangat, Ini 5 telefon terbaik bawah RM3,000 di Malaysia

Nothing buka kedai di Plaza Low Yat, khidmat lepas jualan turut disediakan

Tags: androidmobileNothingnothing phonenothing phone (2)nothing phone 2telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Power dan tak mahal sangat, Ini 5 telefon terbaik bawah RM3,000 di Malaysia

Nothing Phone (2) murah RM700 dalam tempoh terhad

2 April 2024
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN