Selain melancarkan TS205 TV Mate Soundbar, Toshiba dalam masa sama mengumumkan promosi menarik dan hadiah percuma untuk meraikan dan memeriahkan lagi hari raya yang bakal tiba. Dalam kempen yang dinamakan ‘Raya Festive Draw’, orang ramai berpeluang untuk memenangi hadiah sebuah motosikal dan juga baucar bernilai sehingga RM500.
Kempen ini berjalan dari 1 Mac sehingga 30 April 2024, dan hadiah utama yang diberikan kepada pemenang bertuah adalah motosikal Modenas Kriss 110 2023. Hadiah kedua dan ketiga pula berupa baucar Touch n’Go eWallet RM500 dan RM200. Untuk sertai cabutan bertuah ini, pembeli perlulah membeli mana-mana TV Toshiba minimum RM1,999 dalam satu resit.
Ia terpakai untuk pembelian menerusi pengedar sah Toshiba sama ada dalam talian atau luar talian. Selepas membeli, pengguna boleh menyertainya dengan mengisi maklumat dan melampirkan resit pembelian di laman kempen Toshiba Sinar Ceria Raya.
Selain itu, dengan pembelian mana-mana TV VIDAA Toshiba, anda juga boleh menerima langganan 3 bulan Sooka TV Premium secara percuma untuk mendapat akses ke aplikasi terkenal seperti Netflx, Prime Video, YouTube, Deezer, Mola TV, Apple TV+, NBA, Redbull TV dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Toshiba di sini.
Bacaan berkaitan
- Toshiba TS205 TV Mate Soundbar dengan speaker 60W dilancar pada RM399
- TV baru Toshiba Z870M, Z670M dan M550 dilancar, direka untuk gamer dengan ROG Ally percuma
- TV OLED pertama Toshiba di Malaysia turun harga dan kredit TNG eWallet RM700 menanti si pembeli
- TV 65″ bawah RM5,000 adalah salah satu penawaran Toshiba bersempena dengan Piala Dunia Qatar 2022, ini senarai selebihnya