• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jpegli daripada Google mampu jimat bandwidth Internet, apa kepentingannya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:52 am
  • 08/04/2024
  • Komen
Jpegli daripada Google mampu jimat bandwidth Internet, apa kepentingannya?
Share on FacebookShare on Twitter

Google mengumumkan mereka telah bangunkan satu encoder JPEG yang bakal memanfaatkan pengguna Internet secara keseluruhan. Jpegli adalah sistem pengekodan imej yang menjanjikan penjimatan naik taraf prestasi 35% berbanding kaedah semasa. Berikut adalah 5 manfaat yang ditawarkan Jpegli:

  • Kualiti tinggi: Hasilkan kualiti imej yang lebih baik
  • Sokongan data 10-bit: Data bit tinggi sewaktu pengekodan jamin pengurangan artifaks dalam gambar
  • Kelajuan tinggi: Kelajuan pengekodan imej lebih pantas
  • Kecekapan: Kepantasan pengekodan bawa penjimatan bandwidth dan ruang storan
  • Keserasian: Ia masih boleh gunakan penyahkod sedia ada untuk lakukan tafsiran kod imej

Keberkesanan Jpegli berbanding pengekod lain

Bagi menguji keberkesanan Jpegli, Google telah memanggil penilai daripada kalangan pengguna secara rawak dan memintan mereka untuk menilai secara mata kasar kualiti gambar yang dihasilkan pengekod Jpegli berbanding puluhan pengekod lain sedia ada dalam pasaran dan hasil kajian dipersembah dalam betuk skor ELO.



Skor ELO biasanya digunakan dalam permainan catur untuk memberitahu tahap skill seseorang pemain relatif kepada pemain yang lain. Dalam kes Jpegli, ia didapati adalah yang terbaik dalam kalangan 30 pengekod JPEG yang ada dalam pasaran.

Mungkin pada pihak pengguna biasa seperti kita, maklumat ini tidaklah penting. Namun, perkara ini penting dalam usaha Google menambah baik infrastruktur Internet dengan cara mengoptimumkan penggunaan bandwidth. Berita baiknya adalah, Jpegli adalah sumber terbuka dan pembangun perisian boleh mula gunakannya tanpa bayaran.



Sumber: Google

Tags: Googlejpegli
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jpegli daripada Google mampu jimat bandwidth Internet, apa kepentingannya?

Jpegli daripada Google mampu jimat bandwidth Internet, apa kepentingannya?

8 April 2024
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN