• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple akan benarkan baiki iPhone guna alat ganti terpakai

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 10:11 am
  • 12/04/2024
  • Komen
2404012 Apple iPhone Alat Ganti
Share on FacebookShare on Twitter

Apple mengumumkan perluasan pilihan proses pembaikan iPhone menggunakan komponen asli terpakai, iaitu pilihan yang tidak ditawarkan sebelum ini, bermula musim luruh tahun ini (bulan September).

Pengumuman itu meliputi semua komponen, termasuk bateri, skrin dan kamera yang memerlukan konfigurasi untuk berfungsi sepenuhnya. Untuk Face ID tidak akan tersedia pada pelancaran awal ciri ini, tetapi akan ditawarkan kemudian.



2404012 Apple iPhone Alat Ganti

Ini bermakna, pengguna atau pusat pembaikan bebas boleh menukar ganti komponen dengan komponen yang diambil daripada iPhone lain. Tetapi buat masa ini, ciri ini hanya terhad kepada “model iPhone terpilih” untuk kedua-dua sumber komponen dan iPhone yang dibaiki.

Apple tetap utamakan privasi dan keselamatan 

Apple masih mempertahankan amalan “part pairing”, kerana ia dikatakan melindungi privasi, keselamatan dan fungsi optimum iPhone. Part pairing adalah proses pengesahan sama ada komponen gantian itu adalah tulen dan untuk mengumpulkan maklumat tentang komponen tersebut.



Selain itu, model iPhone akan datang akan serasi dengan sensor biometrik terpakai. Malah untuk memudahkan proses pembaikan, pengguna serta pusat pembaikan tidak lagi perlu memberikan nombor siri peranti apabila menempah alat ganti untuk pembaikan yang tidak melibatkan penggantian papan induk.

2404012 Apple iPhone Alat Ganti

Apple turut meluaskan ciri Activation Lock kepada komponen iPhone untuk menghalang iPhone yang dicuri dipisahkan untuk diambil komponennya. Jadi sekiranya telefon yang dibaiki mengesan komponen yang digunakan diambil daripada iPhone lain yang dihidupkan kunci pengaktifan atau Lost Mode, proses penyelarasan komponen akan disekat selepas dipasang pada telefon yang dibaiki.

Melalui ciri Parts and Service history dalam tetapan iOS membolehkan pemilik iPhone melihat keseluruhan sejarah komponen dan pembaikan telefon mereka. Selepas musim luruh nanti, ciri itu akan turut memaparkan sama ada sesuatu komponen itu adalah alat ganti tulen yang baharu atau terpakai.

Kira okaylah kalau lepas ni boleh baiki iPhone guna komponen terpakai, bolehlah jimat sikit. Cumanya fungsi untuk guna alat ganti terpakai itu hanyalah untuk iPhone terpilih sahaja. Harap-harap nanti akan disebarkan untuk lebih banyak model iPhone.

[Sumber: Apple]

Bacaan berkaitan:

  • Apple mungkin batalkan iPad lipat jika tak dapat atasi masalah skrin ini
  • iPad mini 2024 hanya akan terima satu kemas kini?
  • iPad Pro OLED dan iPad Air terbesar akan dilancar Apple bulan Mei ini
Tags: alat ganti terpakaiappleiphone
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

2404012 Apple iPhone Alat Ganti

Apple akan benarkan baiki iPhone guna alat ganti terpakai

12 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER