• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

IKEA kini terima TNG eWallet untuk pembayaran dalam talian

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:11 am
  • 15/04/2024
  • Komen
IKEA kini terima TNG eWallet untuk pembayaran dalam talian
Share on FacebookShare on Twitter

Laman pembelian dalam talian IKEA kini menerima kaedah pembayaran baharu iaitu TNG eWallet. Ia menyertai beberapa kaedah lain lagi seperti FPX ataupun pembayaran menggunakan kad Visa, Mastercard, ataupun Amex.

Sekiranya anda gunakan kaedah pembayaran TNG eWallet, jangan lupa pula untuk manfaatkan mata ganjaran GOreward. Di aplikasi TNG eWallet, anda boleh cari butang GOreward untuk telaah katalog baucar yang ditawarkan. Baucar berada dalam pelbagai kategori seperti F&B, Health & Wellness, Lifestyle, Lucky Draw, dan Others.



Contohnya, anda boleh tebus baucar pemulangan tunai ZUS Coffee RM1 menggunakan 100 mata, ataupun baucar Watson RM5 untuk 500 mata. Anda juga boleh gunakan mata ganjaran GOreward di platform Presto Rewards dan juga A+ Rewards.

Berbalik kepada IKEA, jenama kelengkapan rumah itu nampaknya senantiasa mencari jalan mempermudah pengguna mendapatkan barangan mereka. Dalam bulan Februari 2024 lalu, mereka telah membuka pusat pengambilan barang Terengganu.



Dengan ini, pelanggan di Terengganu tidak lagi perlu bergantung untuk penghantaran terus ke rumah, sebaliknya boleh sahaja menggunakan khidmat pengambilan barang yang jauh lebih murah. Harga yang dikenakan untuk pengambilan barang adalah RM98, manakala penghantaran terus ke rumah di Terengganu berharga RM163.

Selain Terengganu, berikut adalah senarai pusat pengambilan barang IKEA yang boleh dimanfaatkan anda:

  • Kuantan
  • Ipoh
  • Melaka
  • Kuching
  • Miri
  • Kota Kinabalu

Bacaan berkaitan

IKEA buka pusat pengambilan barang terbaru di Terengganu

Ikea tawar servis penghantaran lebih murah untuk penduduk Ipoh dan Melaka

Tags: ikeatng ewallet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

IKEA kini terima TNG eWallet untuk pembayaran dalam talian

IKEA kini terima TNG eWallet untuk pembayaran dalam talian

15 April 2024
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN